Semalam diumumkan kadar agihan (distribution) KWSP untuk tahun berakhir 2008 adalah sebanyak 4.5 % yang mencatatkan penurunan berbanding agihan pada 2007 iaitu 5.8%..ciputnya adik kakak..sedangkan kadar inflasi semasa Malaysia adalah setinggi 8%.
So, macamana nak memaksimumkan simpanan EPF untuk hari tua kita yang sememstinya kadar inflasi akan lebih tinggi berbanding sekarang..? Sebelum tu baca dulu keratan akhbar yang saya jumpa ni.

Dah faham sekarang mengapa kita memerlukan duit yang cukup semasa kita telah berumur?.RM 120,000 hari ini mungkin besar nilainya. Tapi bayangkan 30-40 tahun akan datang..RM 120,000 sudah tidak mengcukupi untuk menampung hari-hari tua kita. Bayangkanlah dengan harga barangan yang melambung tinggi, kos rawatan kesihatan yang mahal dan keinginan untuk mengekalkan gaya hidup yang selesa seperti sekarang. Duit simpanan di KWSP dengan tawaran agihan yang kecil tidak akan membenarkan anda berada dalam keadaan yang selesa pada hari tua.
Maka, secara logiknya kita perlu paksa duit EPF untuk bekerja lebih kuat lagi..jika 4.5% tak cukup..maknanya kita perlukan 20%, 30%..40% atau mungkin 50% agihan yang boleh mengatasi kadar inflasi yang semakin meningkat.
Tahukah anda, 20% daripada simpanan EPF anda boleh dilencongkan (divert) untuk dilaburkan dalam mana-mana skim pelaburan yang diiktiraf oleh KWSP.? Salah satu daripadanya adalah pelaburan dalam bentuk unit amanah di syarikat-syarikat pengurus dana unit amanah yang terpilih.
Di Public Mutual, simpanan EPF anda dilaburkan di dalam dana-dana yang terpilih dan telah terbukti memberikan pulangan (return) secara purata 30% setahun. Berdasarkan pengalaman saya, ramai yang memilih untuk melaburkan wang simpanan EPF berbanding duit tunai, mungkin disebabkan rasa sayang untuk berpisah dengan duit tunai walaupun ianya berada di dalam akaun simpanan tetap yang menjanjikan pulangan 2%-3% sahaja setahun. Ye laa..siapa tak sayang duit kan?
Satu lagi kelebihan membuat lencongan daripada EPF untuk pelaburan adalah dari segi faktor pegangan tunai yang tidak akan berlaku . Apa maksud pegangan tunai? Sebarang aktiviti pengeluaran untuk pelaburan, aliran tunai hanya berlaku di antara KWSP dan syarikat pengurus unit amanah sahaja. Maknanya anda masih belum boleh mengeluarkan simpanan anda sehingga sampai tempoh persaraan.
Jika dulu, pihak KWSP menetapkan akaun 1 mestilah mempunyai sekurang-kurangnya RM 55,000 sebagai syarat untuk membuat pelaburan. Tapi kini, pihak KWSP menetapkan syarat berdasarkan simpanan asas mengikut umur si pencarum. Lihat jadual di bawah.

20% sahaja..tak boleh lebih2..

Sekiranya anda berminat, boleh lah hubungi saya untuk penerangan yang lebih terperinci.

April 14th, 2009 on 5:50 pm
ya ya…yg ni laa aku bace..dlm pemplet kt kl.ahaks…skarang org promote kot blog…letak kt wiper kereta..nasib aku xde kwsp lg ;)
[Reply]
April 15th, 2009 on 2:42 am
nti ko dh ade KWSP jgn lupe cari aku ek! hehe
[Reply]