Pernahkah anda lihat atau tahu tentang kewujudan empat (4) kuadran di bawah?

Jika tak pernah, confirm anda tak pernah baca buku Robert T. Kiyosaki (rich dad poor dad) atau dalam bahasa melayu nya.. ‘ayah kaya ayah miskin’ . Buku yang paling laris di New York Times dan mendedahkan banyak rahsia bagaimana anda semua boleh jadi kaya. Bahasa yang disampaikan juga adalah bersahaja dan mudah difahami. Saya bukan nak promote buku tu kat sini tapi sekadar ingin berkongsi benda yang bagus dengan anda semua.

Apa yang ingin saya ulas kali ini adalah berkenaan 4 kuadran di atas. Nampak simple..tetapi itulah hakikat kehidupan kita hari ini. So, di manakah anda? Employee ke? Self employed ke? Business owner ke? atau Investor?

Jom tengok gambar seterusnya..

Dah faham kan? ini lah kedudukan anda sekalian. Bagi yang makan gaji (employee) dan bekerja sendiri (self employed) anda berada dalam zon POOR (miskin dalam konteks kebebasan kewangan). Manakala, bagi mereka yang mempunyai perniagaan dan seorang pelabur anda berada dalam zon RICH.

Yang makan gaji berada dalam situasi yang sama setiap masa. Iaitu bila dapat gaji terpaksa pula membayar hutang dengan gaji yang terhad. Setiap bulan melakukan perkara  yang sama. Pendek katanya, tiada kebebasan kewangan langsung.

Yang bekerja sendiri pula, boleh di katakan orang yang perasan bagus.. (hehehee..jangan marah). Mereka pro dalam bidang masing-masing seperti doktor, peguam, tukang rumah dan sebagainya. Jika mereka bercuti, maka tidak ada lah income yang masuk. Mereka juga tiada kebebasan kewangan walaupun income lebih baik berbanding yang makan gaji.

Pemilik perniagaan pula adalah seorang yang mengawal sistem perniagaannya sendiri. Dalam masa yang sama, pekerja-pekerja yang setia akan menjalankan sistem pernigaan milik beliau. Hebat bukan???. Tapi bukan senang nak jadi macam ni. Bagi golongan ini, mereka telah mencapai kebebasan kewangan tetapi belum sepenuhnya mencapai kebebasan masa.

Yang terakhir adalah investor atau orang kita panggil pelabur. Orang macam ni konfem la banyak duit dan kebanyakkannya datang daripada golongan pemilik perniagaan. Duit dah banyak kan..jadi diorang laburlah duit tu kat tempat-tempat yang boleh memberi keuntungan jangka pendek hingga ke jangka panjang. Duit banyak, konfem dah ada kebebasan kewangan. Masa pulak lebih tertumpu kepada menikmati kehidupan.

Jadi sekarang, anda nak berada dalam kuadran yang mana? Dan bagaimana untuk berada dalam kuadran tersebut?

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah.. walaupun anda berada di dalam mana-mana kuadran sekalipun terutamanya yang berada dalam zon POOR. Anda tetap mampu berpindah ke kuadran Investor walaupun dengan pendapatan yang terhad. Caranya adalah dengan menabung di dalam dana-dana unit amanah. Duit titik peluh anda akan dilaburkan dengan selamat dan hasilnya anda akan perolehi setelah sampai satu tahap di mana anda ingin bersara daripada kuadran yang sedang anda diami tersebut. Memang agak sukar untuk anda melompat terus ke kuadran Business Owner dan investor jika dengan pengalaman, ilmu dan ketahanan diri yang terhad.

Maka, sistem tabungan menerusi unit amanah dapat membantu anda berpindah ke kuadran yang mengutamakan kebebasan kewangan dan kebebasan masa. Cuba bayangkan, pada umur 55 tahun anda telah mempunyai nilai pelaburan yang berjuta-juta ringgit. Tidakkah itu namanya anda telah bebas daripada kemelut kewangan yang semakin menghimpit kehidupan? So, lu pikirlah sendiri… :)

P/S: Jika anda ada facebook..jangan lupa kongsi artikel ni pada kawan-kawan anda, menyebarkan ilmu itu boleh dapat pahala tau :)  Hanya klik pada button facebook kat sebelah je..

Anda Juga Mungkin Ingin Tahu Tentang..