Apa Rasionalnya Petrol RON 92 Dinaik Taraf Kepada RON 95?

Thursday, September 3, 2009 3:20
Posted in category Umum

Salam ceria,

Selepas solat terawih tadi saya ke stesyen minyak untuk mengisi petrol. Nampaknya minyak merah sudah tiada dan digantikan dengan minyak kuning (RON 95).  Saya juga terbaca pemberitahuan tentang minyak baru iaitu minyak kuning hanya boleh digunakan oleh model2 kereta tertentu sahaja. Daripada apa yang saya baca, kereta model mewah seperti BMW, volvo dan seangkatan dengannya tidak sesuai menggunakan petrol RON 95 dan perlu menggunakan petrol RON 97.

Berdasarkan pengamatan saya, petrol baru iaitu RON 95 dijual dengan harga RM 1.80 seliter iaitu harga lama untuk petrol RON 97 dan petrol RON 97 yang merupakan petrol hijau biasa dijual pada harga RM 2.05 seliter. Jika dilihat dan diteliti, sebelum ini dengan RM 1.80 kita dapat petrol RON 97 tetapi kini dengan nilai yang sama kita dapat petrol RON 95 yang ternyata kualitinya lebih rendah berbanding RON 97. Ini bermakna, kita membayar nilai yang sama untuk kualiti yang lebih rendah.

Persoalan yang timbul dalam benak hati saya, kenapa tidak dinaiktarafkan juga RON97 supaya berpadanan dengan harga RM2.05 seliter seperti petrol V-power shell?. Mengapa harga RON 95 adalah RM 1.80 seliter padahal harga ini dahulunya adalah untuk kualiti RON 97? Mengapa tidak harga RON95 lebih rendah daripada harga RM 1.80?

Pada pendapat saya, ini adalah salah satu bentuk kenaikkan harga petrol sebenarnya. Tetapi secara halus dengan menggunakan RON 95 untuk mengaburi pengguna. Sejak menggunakan petrol 95, saya dapat rasakan kelancaran memandu adalah tidak seperti biasa. Enjin seakan-akan tidak stabil dan kurang pecutan (pick up).

Apa pula pandangan anda?

Related posts:

  1. Kad Debit atau Kad Kredit ?

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Apa Rasionalnya Petrol RON 92 Dinaik Taraf Kepada RON 95?”

  1. miss lilin says:

    September 4th, 2009 at 11:45 am

    biasa la government taktik kotor..

  2. arieiza says:

    September 4th, 2009 at 11:50 am

    Twitter: arieiza
    lepas ni nk isi minyak, kena tgk dulu sama ada jenmios minyak tersebut sesuai dgn kereta anda..

Leave a Reply