Salam hormat semua,

Master Prospektus adalah satu laporan penting yang perlu diteliti oleh bakal dan para pelabur. Sememangnya  maklumat yang terkandung di dalamnya bersifat agak teknikal. Namun, ia sangat penting sebelum bakal pelabur (khususnya) membuat keputusan untuk melabur dalam unit amanah. Kami akui, membaca Master Prospektus tidaklah semenarik membaca majalah-majalah hiburan yang berada di pasaran.

Tetapi bahan bacaan yang agak membosankan inilah sebenarnya merupakan satu alat yang ampuh untuk anda menilai sesuatu pelaburan. Membosankan tetapi berfaedah untuk duit anda bekerja lebih kuat selama 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi sedikit panduan tentang kaedah yang betul membaca Master Prospektus. Panduan ini kami persembahkan dalam bentuk slide presentation. Bersama-sama screen shot tersebut kami sertakan sedikit penerangan ringkas tentang bahagian-bahagian penting yang terdapat di dalam Master Prospektus Public Mutual berhad. Semoga panduan ini dapat membantu anda untuk lebih mudah memahami isi kandungan Master Prospektus.

Sila klik pada gambar pertama (picture 1).

Kat mana nak dapatkan Master Prospektus?

Anda boleh dapatkan softcopy Master Prospektus di ruangan download fusemoney atau anda boleh dapatkan Master Prospektus (dalam bentuk buku) di mana-mana cawangan Public Mutual yang terdekat dengan anda. Lihat senarai cawangan Public Mutual di sini (semenanjung) atau di sini (sabah & sarawak).

P.S : Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama kawan-kawan anda. Siapa tahu anda boleh membantu mereka merealisasikan impian mereka melalui pelaburan unit amanah di Public Mutual. Hanya dengan klik button fbshare yang disediakan ataupun boleh hantar artikel ini terus ke emel kenalan anda. Link emel ada disediakan dibawah. Terima kasih.

Anda Juga Mungkin Ingin Tahu Tentang..