Buluh Dilentur Sewaktu Rebungnya..Manusia?
Thursday, October 22, 2009 1:20salam ceria,
Kami ingin berkongsi satu pengalaman yang bagi kami suatu pengalaman yang baik untuk para ibu bapa di luar sana. Semasa di TESCO sesudah selesai shopping..kami disapa oleh seorang jurujual produk sistem pembelajaran bahasa inggeris GROLIER. Saya memperkenalkan nama beliau en.Saiful..pada permulaannya beliau fikir kami mempunyai anak kecil yang boleh diterapkan sistem pembelajaran bahasa inggeris ini. Tapi keikhlasan beliau untuk berkongsi produk yang sangat bagus ini membuatkan kami terduduk mendengar dan melihat presentasi yang dilakukan oleh beliau. Pada mulanya kami ingatkan beliau hanya mahu menjual..tetapi buat apa dijualnya pada kami yang masih belum mempunyai anak. Selama hampir 2 jam beliau memberi penerangan yang terperinci tentang sistem pembelajaran berkenaan..memang saya akui ianya sangat bagus dan menarik untuk permulaan pembelajaran anak-anak.

Mesti ramai yang akan cakap kami sudah termakan pujukan jurujual..tapi ikhlas saya beritahu kami teruja dengan sistem pembelajaran tersebut. Konsep pembelajarannya sangat mudah..step by step dan menitikberatkan sistem pendengaran anak-anak. Menurut beliau, anak-anak kecil paling efektif dalam pembelajaran adalah melalui apa yang didengarnya. Beliau juga dengan yakinnya mencuba sistem pembelajaran ini terhadap anak beliau sendiri yang kini telah menjadi pelajar terbaik di salah sebuah sekolah di Taman Melawati ( dah lupe nama sekolah..) . Apa yang penting kata beliau, anak-anak belajar dalam keadaan ‘happy hour’ dan bukannya mendesak mereka untuk belajar.
Kepada para ibu-bapa di luar sana yang tercari-cari sistem pembelajaran yang terbaik untuk anak-anak anda..saya mengesyorkan sistem ini.. sangat bagus! kalau saya dah ada anak konfem saya dah beli.
Setelah pulang ke rumah, saya terus google maklumat berkaitannya dan akhirnya terjumpa web ni .. www.grolier.com.my
Kepada anda yang berminat boleh hubungi En. Saiful di 016-9763651.
Related posts:







arieiza says:
October 22nd, 2009 at 3:37 am
Twitter: arieiza
didik la anak anda sejak dari dlm rahim lagi..hehe
jebat says:
October 23rd, 2009 at 7:08 pm
bagus program ni. ada kawan aku guna utk ank dia. skrg baru umur 4 tahun dah hafal quran. speaking pun terer beb.