Cara Mengeluarkan Wang Pelaburan Anda

Tuesday, January 5, 2010 21:36
Posted in category Unit Trust

nak kuar duit

Kali ni saya ingin tunjukkan cara bagaimana anda sebagai pelabur untuk mengeluarkan keuntungan yang anda perolehi hasil dari pelaburan yang anda lakukan. Ramai yang tak tahu cara2nya dan bertanya pada saya. Jangan pening2 ye..caranya cukup senang :-)

Untuk makluman semua, anda boleh mengeluarkan atau menjual semula pelaburan anda pada bila2 masa. Nak keluar separuh boleh, nak keluar semua pun boleh, terpulang kepada anda berapa jumlahnya.

Jika anda cuma mahu mengeluarkan sebahagian sahaja daripada jumlah pelaburan anda, pastikan anda meninggalkan baki sejumlah RM1000 di dalam akaun pelaburan. Ini adalah untuk memastikan akaun pelaburan anda terus aktif.

Jika mengeluarkan kesemua pelaburan anda, maka akaun pelaburan anda dikira sebagai tidak aktif dan akan ditutup selepas jangkamasa tertentu. Namun begitu, anda boleh melabur semula pada bila-bila masa dengan membuka akaun pelaburan yang baru.

Di Public Mutual, anda boleh menggunakan beberapa cara seperti di bawah:

1. Anda terus pergi ke Agensi Public Mutual yang berdekatan dan mengisi borang jualan semula (Repurchase Form).
2. Anda berjumpa dengan Konsultan anda dan mengisi Repurchase Form. Seterusnya Konsultan anda akan membantu anda untuk menghantar borang tadi ke Agensi Public Mutual yang berdekatan.
3. Jika anda berdaftar dengan TeleMutual (Untuk menggunakan khidmat ini, anda perlu mengisi borang TeleMutual terlebih dahulu), anda boleh terus menelefon TeleMutual. Sebelum membuat sebarang pertanyaan atau arahan penjualan, anda perlu memasukkan nombor IC dan nombor Pin anda.

Di dalam Repurchase Form, anda boleh memilih untuk mendapatkan semula wang anda melalui 3 cara di bawah:

1. Public Mutual terus mendebitkan wang anda ke akaun Public Bank atau Maybank anda
2. Public Mutual menghantar cek berpalang di atas nama anda ke Agensi yang berdekatan. Cek ini boleh diambil oleh anda atau Konsultan anda. Anda tidak perlu risau walaupun  Konsultan anda ambil,  cek ini hanya boleh ditunaikan ke dalam akaun bank anda sahaja.
3. Public Mutual menghantar cek kepada anda melalui perkhidmatan kurier.

Setelah membuat arahan pengeluaran (sama ada dengan mengisi Repurchase Form ataupun melalui perkhidmatan TeleMutual), Public Mutual akan mengeluarkan cek dalam masa 3-4 hari dan mendebitkan wang ke akaun pelabur di dalam jangkamasa 5-7 hari.

Senang kan? Ok..jadi jangan risau lagi..anda dah tahu bagaimana nak keluarkan hasil pelaburan anda. Sehingga berjumpa lagi di lain artikel. Terima kasih kerana  sudi lawat fusemoney.com.

P/S: Jika anda ada facebook..jangan lupa kongsi artikel ni pada kawan-kawan anda  yer.. :) . Hanya klik pada button facebook kat sebelah je.. Thanks!

Related posts:

  1. Ikuti Perkembangan Akaun Pelaburan Anda
  2. Kaedah dan Syarat Pelaburan Menggunakan KWSP
  3. Cara Paling Bijak Untuk Melabur
  4. Kaji prestasi pelaburan anda dengan Quarterly Fund Review
  5. Duit, Bukan Sebanyak Mana Anda Dapat Tapi Sebanyak Mana Anda Simpan

You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Cara Mengeluarkan Wang Pelaburan Anda”

  1. jutawan diam says:

    January 7th, 2010 at 1:26 am

    Twitter: akls73
    Hahahahaa…lawak r gambar tu admin..mmg memberi maksud mendalam tu. Sebagai Consultant atau agen unit trust, anda perlu memberitahu kepada pelabur anda ttg kaedah2 pengeluaran semula atau jualan balik pelaburan mereka.

    Rasanya lg bagus kalu admin dpt scan dan uploadkan gambar borang utk jualan balik.

  2. jebat says:

    January 8th, 2010 at 1:25 pm

    ramai member aku yg xtau cara nak keluarkan duit. apa jenis agent la x reti nak bagitahu kat client mereka.

  3. arieiza says:

    January 12th, 2010 at 11:35 pm

    Twitter: arieiza
    harap lepas ni semua pelabur dah tau ye..hehe

Leave a Reply