Ramai orang apabila sebut pasal ‘interest’.. dah awal2 fikir tentang bunga dan faedah kan?..Dan yang sedihnya ‘interest’ yang mereka fahami adalah daripada sudut yang negatif sahaja..ada jugak yang ketakutan apabila disebutkan perkataan ‘INTEREST’. Haaa..ni mesti yang pinjam along..

‘Interest’ tidak hanya berkisar pada dunia pinjam meminjam sahaja saudara-saudari sekalian. ‘Interest’ ada di mana-mana sahaja. Kali ini saya mahu membuka minda pembaca sekalian tentang konsep ‘interest’ di dalam pelaburan atau simpanan. Mungkin ramai yang tak sedar, sebenarnya setiap hari kita bermain dengan ‘interest’..apa tu? laa..simpanan yang kita buat kat bank tu la. Tak nampak interestnya sebab bank hanya tawarkan interest yang ciput jer untuk simpanan kita. Sekitar 2%-3% sahaja setahun. Ada dua jenis konsep interest iaitu ‘compound’ dan ‘simple’. Compound interest ni lah yang paling digemari oleh along-along sebab duit yang mereka beri pinjam akan berganda dengan cepat apabila peminjam membuat bayaran bersama-sama dengan ‘interest’ yang di persetujui. Tengok saper lebih cerdik?..cina jugak..Biasanya along mengenakan ‘interest’ mengikut hari. Sebab itu bila pinjam 5000 tak mustahil kena bayar balik sehingga 50,000..Cuba lihat betapa bijaknya orang cina memaksa duit diorang bekerja kuat untuk mereka. Tak perlu ‘invest’ pun dalam unit trust dah boleh jadi kaya . Orang kita (melayu..hmm2…), sibuk menghabiskan duit dan hanya pandai bekerja untuk mendapatkan duit tetapi tidak berapa cekap mengembang biakkan duit yang ada.

PENERANGAN DAN CONTOH

Konsep ‘compound interest’ sangat mudah dan sangat berkuasa untuk mencipta kekayaan di atas muka bumi ciptaan tuhan ini.Sebagai contoh anda mempunyai RM 10,000 untuk disimpan di dalam satu dana unit trust public mutual yang menawarkan pulangan purata setahun sebanyak 30%..katakanlah anda mula menyimpan pada januari 2008.

Januari 2008 : RM 10,000 (principal)

Januari 2009 (thn pertama) : jumlah pulangan : RM 10,000 x 30% = RM 3000 , Jumlah keseluruhan = RM13,000 (selepas satu tahun).

Januari 2010 (thn kedua) : jumlah pulangan : RM 13,000 x 30% = RM 3900 , Jumlah keseluruhan = RM16,900 (selepas dua tahun).

Januari 2011 (thn ketiga) : jumlah pulangan : RM 16,900 x 30% = RM 5070 , Jumlah keseluruhan = RM21,970 (selepas tiga tahun).

CUBA ANDA LIHAT SELEPAS TIGA TAHUN, JUMLAH SIMPANAN (PELABURAN) ANDA DENGAN PERMULAAN RM 10,000 TELAH MENJADI RM 21,970 TANPA ANDA SEDARI!!!

konsep pengiraan ‘compound interest’ dikira berdasarkan jumlah akhir pada setiap tahun yang berakhir sebelumnya, bukan pada ‘principal’ asal iaitu RM 10,000.

Berbeza dengan konsep ‘simple interest’, ianya dikira berdasarkan nilai ‘principla’ pertama yang dibuat.

Januari 2008 : RM 10,000 (principal)

Januari 2009 (thn pertama) : jumlah pulangan : RM 10,000 x 30% = RM 3000 , Jumlah keseluruhan = RM13,000 (selepas satu tahun).

Januari 2010 (thn kedua) : jumlah pulangan : RM 10,000 x 30% = RM 3000 , Jumlah keseluruhan = RM16,000 (selepas dua tahun).

Januari 2011 (thn ketiga) : jumlah pulangan : RM 10,900 x 30% = RM 3000 , Jumlah keseluruhan = RM19,000 (selepas tiga tahun).

Dapatkah anda lihat perbezaan jumlah keseluruhan simpanan yang anda buat selepas tiga tahun?

Sekarang pilihan berada di tangan anda..Inilah yang di namakan ‘PENDAPATAN PASIF’.

Anda Juga Mungkin Ingin Tahu Tentang..