Baru-baru ni ada hamba Allah tanya saya apa maksud ‘Compound Interest’…harap2 die baca post saya ni. Saya akan terangkan apa itu Compound Interest.
Bayangkan seorang bayi apabila dilahirkan, pada setiap hari, ibunya meletakkan RM1.00 ke dalam tabung untuk bayi tersebut. Sehari satu ringgit. Sebulan jumlahnya menjadi RM30. Setahun, jumlahnya menjadi RM365. Teruskan simpanan kedalam tabung bayi tersebut dan ketika bayi itu mencapai umur 40 tahun, jumlah yang terkandung di dalam tabung tersebut adalah RM14,600.
Wang yang disimpan tidak berkembang. Mungkin tabung yang digunakan perlu di ‘upgrade’ menjadi tabung yang lebih besar. Tetapi, kenyataanya… RM14,600 dari simpanan selama 40 tahun bukanlah jumlah yang besar.
Sekarang, bayangkan sekiranya wang tersebut di simpan di dalam unit trust yang memberi pulangan interest sebanyak 12% setahun dan RM1 di simpan setiap hari sejak dilahirkan. Wang yang sepatutnya
hanya RM14,600, kini menjadi RM352,943.18 selepas 40 tahun.
RM352,943.18 ??? Dari mana datangnya lagi RM338,343?
Ini adalah jawapan kepada soalan bagaimana hendak menjadi kaya dengan pasti. Penambahan RM338,343 tersebut datangnya dari kuasa kompaun (Compound Interest)
Compund Interest adalah alat yang paling utama yang memberi kekayaan kepada orang-orang kaya di dunia. Elbert Einstein pernah di tanya mengenai compund Interest. Jawapan yang diberikan olehnya amat mudah. Katanya, compund interest adalah “the greatest invention of all time”.
Sememangnya contoh mengenai bayi di atas agak tidak logik. Takkan pulak seorang ibu sanggup simpan RM1 setiap hari sehingga umur bayi tersebut 40 tahun. Tetapi, contoh tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa betapa kecilnya simpanan kita, sekiranya dilaburkan pada jangka panjang, ia akan menjadi amat besar!
Satu lagi contoh. Kisah sepasang suami isteri. Pendapatan suami adalah RM2,500. Pendapatan Isteri juga RM2,500. Mereka hidup dengan sederhana dan tidak boros. Sehinggakan, segala perbelanjaan untuk menampung hidup dibayar oleh suami- kediaman, kereta, makan minum dan segala keperluan di bayar oleh suami. Manakala, gaji isteri di simpan ke dalam unit trust yang memberi pulangan 12% (Kini, pulangan 12% adalah agak biasa malah antara pulangan yang sederhana).
Pasangan tersebut sebenarnya dalam proses yang akan membawa mereka menjadi jutawan! Bagaimana? Dengan menyimpan RM2,500 setiap bulan dan diberi pulangan 12% atas simpanan mereka, katakan mereka mulakannya pada umur 25 tahun (jika kahwin muda!).
Sebelum umur mereka mencecah 45 tahun, kekayaan mereka berjumlah RM 2,473,138.41 . Ya, hampir RM2.5 juta! Dan ini dengan hanya menganggap gaji Isteri yang disimpan langsung tidak naik selama 20 tahun tersebut. Pasangan tersebut mencapai status jutawan pada umur 38 tahun! Kesemua ini adalah hasil kuasa compound interest!
Sekiranya anda tidak teruja dengan angka-angka ini, biar saya jelaskan lagi mengenai kuasa kompound interest dan apakah kunci kejayaan kompoun interest.
Kunci untuk kompoun interest. Iaitu, mulakan dengan cepat! Sekiranya anda berlengah memulakan simpanan anda, efek kompun interest diperlambatkan.
Perhatikan senario ini. Zahid menyimpan RM200 setiap bulan sejak mula bekerja pada umur 20 tahun. Asri pula lambat mengambil tindakan. Asri mula menyimpan pada umur 27 tahun. Tetapi, Asri menyimpan RM400 setiap bulan. dua kali ganda lebih dari Zahid.
Mari kita lihat apabila mereka berdua menjangkau umur 38 tahun…
Simpanan pelaburan Zahid adalah RM 115,124.39
Simpanan pelaburan Asri pula adalah RM 108,758.34 – walaupun Asri menyimpan dua kali ganda dari pada Zahid.
Ini menunjukkan keputusan Zahid melabur awal- walaupun jelas memberi pulangan yang lebih berbanding dengan Asri yang mengambil keputusan melabur lewat – walaupun dua kali ganda.
Sekarang, mungkin antara pembaca mengeluh… tapi Irfan- menunggu 20 tahun adalah masa yang lama! Menunggu 15 tahun adalah masa yang lama untuk mencapai kekayaan.
Anggap compound interest sebagai alat untuk menjadi kaya. Walaupun mungkin mengambil masa yang lama, namun, ia adalah cara yang pasti. Teringat saya tentang cerita sang arnab dan kura kura.
Buat pesanan akhir, tanya diri sendiri. Bolehkah anda menyimpan RM10 setiap hari mulai hari ini kedalam akaun pelaburan yang memberi pulangan 12% setahun? Jika boleh, dalam masa 30 tahun, anda juga adalah seorang jutawan!
Apa lagi nak tunggu, saya dan orang lain dah mula. Anda bila lagi?

September 11th, 2009 on 3:53 am
Wah!!!!!!!!!! macm mana nak kira tu?????????????
[Reply]
September 11th, 2009 on 9:59 am
Begini cara kiranya…katakanlah simpanan pertama 1000 dan peratus pulangan yang ditawarkan 10% setahun.
maka:
tahun pertama : 1000 x 10% = 100
jumlah simpanan selepas berakhir tahun pertama : 1100
Tahun kedua : 1100 X 10% = 110
jumlah simpanan selepas berakhir tahun kedua : 1210
Tahun ketiga : 1210 X 10% = 121
jumlah simpanan berakhir tahun ketiga : 1331
Konsep compond interest dikira berdasarkan baki akhir simpanan sesuatu tahun dan didarabkan dengan peratusan pulangan. Itu baru 10% dan 3 tahun..bagaimana pula jika 30% dan 20 tahun? Ada kalkulator kan? hehehehe…
[Reply]