Dollar Cost Averaging (DCA)
Wednesday, April 15, 2009 14:20
Pelaburan unit trust adalah bersifat jangka panjang. Ramai orang beranggapan pelaburan unit trust adalah untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek. 3 bulan, 6 bulan atau 1 tahun. Bagi syarikat unit trust mereka menyasarkan pelaburan saham amanah adalah bersifat jangka sederhana iaitu sekurang – kurangnya 3 tahun, dan jangka panjang, iaitu sekurang – kurangnya 5 tahun.
Bagi sesetengah pelabur, mereka hanya mengambil sikap tunggu dan lihat. Ya sikap tunggu dan lihat ini sesuai bagi pelabur – pelabur sejati unit trust yang matlamat kewangannya adalah bersifat jangka panjang. Pelaburan unit trust begini tidak perlu untuk meyemak harga belian tiap – tiap hari. Tunggu selepas 5 tahun dan tengok hasilnya. Tetapi ada tjuga pelabur yang begitu mengambil berat dengan harga belian saham amanah. Tiap – tiap hari check di internet. Makin hari makin turun menyebabkan pelabur mula berasa risau dan ragu – ragu tentang keupayaan Pengurusan Dana unit trust. Ada juga yang tidak sabar keluarkan wang mereka dan mengalami kerugian.
Prinsip Dollar Cost Averaging (Kos Purata) adalah teknik pelaburan tetap yang terkawal bagi meminimumkan kos pelaburan dalam sesuatu unit trust. Pelabur hanya perlu melabur jumlah wang tetap untuk suatu tempoh tertentu. Apa yang berlaku ialah apabila pasaran meningkat maka jumlah unit yang diperolehi adalah kurang, tetapi jumlah unit akan lebih banyak apabila pasaran merosot. Hasilnya, pelabur akan dapat membeli unit pada harga purata.
Andaikan seorang pelabur menyimpan sebanyak RM100 setiap bulan untuk tempoh setahun. Bandingkan Jadual 1 dan Jadual 2.
Jadual 1: Kes Pasaran Menaik

Modal pelaburan = RM1,200
Unit terkumpul = 1,927.93
Kos purata seunit = RM0.62
Jadual 2: Kes Pasaran Menurun

Modal pelaburan = RM1,200
Unit terkumpul = 2007.98
Kos purata seunit = RM0.60
Inilah kelebihan melabur dengan kaedah Dollar Cost Averaging. Menyerap dan mengurangkan kesan kerugian pada harga pasaran jatuh, dan membuat untung pada ketika harga pasaran naik kembali. Tidak kira berapa jumlah pelaburan berkala yang hendak dibuat, DCA adalah pelaburan bersifat jangka panjang.
Walau apa pun yang berlaku, kunci pelaburan saham amanah adalah BELI PADA HARGA MURAH, DAN MENJUAL PADA HARGA TINGGI. Atau, Kos seunit dana anda lebih rendah pada harga belian. Baru la anda boleh buat untung.
Kesan yang dapat dilihat ialah pelabur akan dapat membeli unit pada harga purata iaitu tidak terlalu mahal dan tidak juga terlalu rendah. Teknik ini tidak menjamin pelabur akan dapat membeli unit pada harga terendah. Tapi yang pastinya, ia dapat mengurangkan risiko pelabur daripada membeli unit pada harga yang terlalu tinggi. Teknik amat sesuai bagi pelabur yang ingin menyimpan secara tetap setiap bulan.
Masih was-was dan tak yakin? Hubungi kami untuk rundingan percuma ![]()
Related posts:







jutawan diam says:
April 15th, 2009 at 2:50 pm
Twitter: akls73
Jom convert sebahagian saving korang kepada investment dlm unit trust..satu jln pasti untuk jadi kaya.
jebat says:
April 17th, 2009 at 5:05 pm
DCA ni mcm kita menabung je..sikit2 lama2 jd bukit..
arieiza says:
April 17th, 2009 at 5:42 pm
Twitter: arieiza
btl 2 jebat..
yg penting jgn set negative perception..
jutawan diam says:
April 17th, 2009 at 5:55 pm
Twitter: akls73
dulu aku pernah terbaca dalam paper..org melayu paling rendah ranking simpan duit kat malaysia.
Lan says:
April 18th, 2009 at 12:53 pm
aku xsaving lg…baru nk start kumpul harta ni..