
“Money, it is not how much you make but how much you keep”..teringat lagi kata2 sorang sifu cina pada saya dulu. Beliau lah yang banyak mengajar saya tentang pelaburan dan analisis teknikal pasaran saham serta forex. Entah kat mana dia sekarang, entah mati atau hidup pun saya tak tahu sebab dah lama sangat ‘lost contact’.
Dia memang sorang yang low profile..tak banyak cakap tapi sangat bijak dalam pelaburan. Kali ini saya nak petik ulasan dia tentang pengurusan duit dan pelaburan. Katanya, bila sebut pasal duit bukanlah bermaksud sebanyak mana kita buat atau dapat tetapi sebanyak mana yang kita simpan dan laburkan. Sebenarnya dah lama saya lupakan kata-kata dia tu sehinggalah saya terbaca satu petikan dalam buku ‘Rich Dad Poor Dad’ tulisan Robert T.Kiyosaki..tak tahu lah idea sape dulu sebenarnya tapi yang penting mesej kata-kata tersebut yang sangat bagus.
Pada pendapat saya, memang tersangat tepat bahawa tabiat menyimpan tidak semestinya perlu menunggu durian runtuh atau pendapatan besar. besar cara besar..dan kecil pulak cara kecil-kecilan. Tetapi menyimpan duit semata-mata tanpa duit tersebut berkembang biak tak ada gunanya jugak. Simpan Rm100 dapat Rm100 buat apa..apa yang kita mahu..simpan sedikit tapi dapat banyak. Dengan unit trust di Public Mutual..anda boleh memulakan simpanan/pelaburan serendah RM1000 dan simpanan ulangan setiap bulan minimum RM100. Kaedah simpanan ini cukup sesuai untuk golongan berpendapatan sederhana, siapa tahu walaupun dengan simpanan berulang yang sedikit di tambah dengan sedikit komitmen anda boleh bergelar jutawan 20-30 tahun akan datang. Orang kita kalau bayar hutang bulan2 tak kisah walaupun menjangkau masa bayaran balik sehingga 9-30 tahun..tetapi sangat loket untuk menyimpan pada setiap bulan demi kebebasan kewangan.

April 13th, 2009 on 9:18 pm
betul..betul..betul..duit kena gak simpan jgn duk pikiak nak perabih jer.
[Reply]
April 13th, 2009 on 10:21 pm
Kalau saya nak simpan dalam unit trust public mutual nak mula macamana?
[Reply]
April 13th, 2009 on 11:51 pm
senang je dian..
mula2 kena tau nak simpan tunai atau guna KWSP..
kemudian utk tujuan ape (e.g: persaraan, anak2), tgk la dian ni umur brape..
ermm..kalau nak tahu lbh lanjut bleh jumpa dgn saya..
atau hubungi saya terus 013-3085366
[Reply]
April 14th, 2009 on 12:07 am
arieiza kat mana?
[Reply]
April 14th, 2009 on 12:09 am
kat shah alam..dian?
[Reply]
April 14th, 2009 on 12:14 am
saya kat penang..
[Reply]
April 14th, 2009 on 12:17 am
jauhnye..tapi kalau berminat takde masalah. Dian email no phone nanti saya call..
[Reply]
April 14th, 2009 on 12:23 am
ok
[Reply]
April 14th, 2009 on 12:27 am
kawan saya cakap rugi simpan duit dalam unit trust..betul ke?
[Reply]
April 14th, 2009 on 12:52 am
salam ijam,
unit trust cara terbaik utk gandakan wang..
tapi bkn mcm skim cpt kaya..wang kita org2 profesional yg urus..
tak perlu takut rugi..dgn cara yg betul ijam bleh dpt untung yg tak pernah ijam bayangkan..
mgkin ada silap dgn pelaburan kwn ijam..
[Reply]
April 14th, 2009 on 5:45 pm
ahaks…aku ade bace pasal gune kwsp utk melabut…tp atleast 5thn kn..ntah laa…terbace jerk..borink2
[Reply]
April 14th, 2009 on 7:24 pm
minimum 3 tahun jer..bukan 5 tahun.
[Reply]
April 14th, 2009 on 7:27 pm
lan aku nak exchange link dengan blog mu..
[Reply]
April 14th, 2009 on 8:12 pm
go head..tp blog aku xberilmiah pon…skadar suke2
[Reply]
April 14th, 2009 on 8:31 pm
mu dah letak link blog aku kat blog mu rupanya..nanti aku add link blog mu kat fusemoney.
[Reply]
April 14th, 2009 on 8:38 pm
ok bro..dah set link blog mu kat fusemoney..tgk kat sidebar (link exchange).
[Reply]
April 17th, 2009 on 5:07 pm
bagus ni. dari duit “beku” je kat KWSP baik melabur dgn public mutual..
[Reply]
May 11th, 2010 on 1:39 am
menarik dan boleh berkongsi idea dalam industri unit amanah
[Reply]
May 11th, 2010 on 8:59 am
terima kasih saudara nizam.
[Reply]