
Salam sejahtera semua..
Kali ni saya nak berkongsi tentang hukum melabur dalam ASB. Seperti yang kita maklum, ramai diantara kita yang memilih ASB untuk menyimpan wang hasil titik peluh dan berharap wang tersebut akan bertambah seiring dengan umur kita yang semakin meningkat. Namun siapa yang pasti apa hukumnya? Anda baca dan renungkan sendiri..
Isu :
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor telah menerima surat daripada seorang hamba Allah daripada Tanjung Malim yang bertanyakan berkenaan dengan hukum wang dividen dan bonus ASB dengan soalan seperti berikut :
1.1. Adakah wajib dikeluarkkan zakat daripada wang bonus dan dividen ASB.
1.2. Bolehkah wang tersebut digunakan bagi menunaikan Fardhu Haji ke Tanah Suci Mekah.
Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah diminta memberikan fatwanya mengenai permasalahan tersebut.
Keputusan :
1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :
1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
” Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASBadalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara’
1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
” Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempatbercanggah dengan hukum syara’, yang maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.
Sumber: e-fatwa.gov.my
Jika anda perhatikan ayat yang saya bold kan, jelas menunjukkan bahawa pelaburan ASB dilakukan di tempat yang BERCANGGAH dengan ISLAM. Dengan kata lain HARAM. Tetapi fatwa masih tidak jelas hukumnya seolah2 ingin menjaga kepentingan pihak tertentu.
Jika dividen dan bonusya adalah HARAM..bagaimana dengan hukum melabur? Ini pendapat peribadi saya, bagaimana dengan anda? Saya percaya setiap orang inginkan wang yang halal dan diberkati. Jadi..fikir2kanlah. Selamat Melabur!
P/S: Jika anda ada facebook..jangan lupa kongsikan artikel ni pada kawan-kawan anda
Hanya klik pada button facebook kat sebelah je..

December 8th, 2009 on 8:51 pm
Comel r gambar..hahahaha
[Reply]
December 8th, 2009 on 9:16 pm
mcm tuan die la
[Reply]
Nazri Reply:
December 9th, 2009 at 1:59 am
Tuan die mmg selalu comey lote..hahaha
[Reply]
December 9th, 2009 on 10:23 pm
memang sangat jelas, jika dah dividen dan bonus xleh buat pegi haji maknanya nak buat makan pun tak boleh lah..
[Reply]
December 10th, 2009 on 10:27 pm
betul..betul..betul..sy mesti setuju!
[Reply]
May 30th, 2010 on 1:39 pm
dah banyak tempat sy cari jawapan, halal ke haram melabur kat asb? Banyak yang kata halal. Mungkin betul juga, fatwa yang dikeluarkan nak jaga kepentingan tertentu. Ada yang memang dah melabur terus mendakwa ianya halal, matlamat menghalalkan cara. Minta mereka yang bertanggung jawab bagi jelas perkara ni.
[Reply]
fusemoney Reply:
May 30th, 2010 at 9:03 pm
ASB mmg diakui membantu bumiputera dan bertitik tolak drpd ASB lah orang melayu kita kenal amanah saham dan pelaburan. Tapi, dari segi ketelusan pelaburan tu mmg agak mengelirukan. Soalnya, duit digunakan untuk menyara kehidupan..jika sumbernya haram..maka hasilnya juga haram dan berterusan hingga ke anak cucu.
[Reply]