Dalam seminggu dua ni bursa malaysia menyaksikan kenaikan yang ketara pada indeks komposit iaitu melebihi 1000 mata. Adakah ini petanda ekonomi negara sudah kembali stabil atau hanya bayang-bayang perangkap untuk para pelabur kecil-kecilan..namun bagi saya masih terlalu awal untuk mengatakan ‘market’ sudah ok. Memandangkan kemelut politik tanah air masih lagi berpusar pada tempat yang sama dan yang paling nyata..’market’ malaysia amat sensitif dengan isu-isu politik yang tidak berasas. kepada para pelabur unit amanah, tanda-tanda awal mereka sudah buat untung telah kelihatan berdasarkan kepada laporan suku pertama kewangan dana-dana unit amanah milik Public Mutual yang telah mencatatkan lantunan semula selepas sedikit kejatuhan. Nasihat saya, teruskan membuat pelaburan berkala bagi yang memilih keadah regular saving. Inilah masa untuk mengaut untung dengan strategi ‘dollar cost averaging’..

Anda Juga Mungkin Ingin Tahu Tentang..