Saya tergerak hati untuk mengulas sedikit tentang inflasi..apabila saya berbual dengan kebanyakkan orang rupa2 nya istilah inflasi masih lagi janggal bagi mereka (tak familiar)..
Di sini saya nak terangkan cara mudah bagaimana nak memahami inflasi. Hakikatnya ianya sudah menjadi bualan ramai di antara kita baik orang yang di bandar-bandar besar mahupun di kampung-kampung. Selalu tak anda dengar orang cakap, ” alahai..pecah jer 50 ringgit kejap sangat habis..”
kalau kat shopping complex pulak kedengaran macam ni pulak..” Banyak borong hari ni timah?..”
“Tak banyak pun, 100 ringit sekarang tak sama macam dulu..dulu dengan seratus dah bertimbun-timbun barangnya..sekarang 3-4 plastik jer.

Nampak tak, sebenarnya mereka dah tahu erti inflasi cuma istilah jer yang masih asing dengan diorang. Inflasi sebenarnya adalah penyusutan nilai duit berkadaran dengan masa. Contohnya, harga barang yang semakin naik dan permintaan untuk barangan semakin meningkat saban hari. Ramai yang masih lagi alpa bahawa kehidupan (kos hidup) hari ini tidak akan sama dengan kehidupan akan datang..kos akan terus meningkat..kecuali lah jika berlaku perperangan atau darurat (tapi inflasi berkemungkinan lebih dahsyat pada masa-masa tersebut).
Maka dengan itu, pendapatan kini belum tentu dapat menampung perbelanjaan hidup untuk hari-hari yang akan datang dan hakikatnya pun kita tak mampu untuk berkerja kuat selama-lamanya untuk duit. Sebagai jalan terbaik, kita perlu bijak menyimpan duit dan membuatkan duit tersebut bekerja untuk kita sekuat yang boleh.

Komen Terkini