Menyedari ramai pengunjung fusemoney.com dan bakal pelanggan kami yang berminat untuk membuat pelaburan tetapi menghadapi masalah dari segi jarak dan masa. Maka kami cipta Sistem Pelaburan Jarak Jauh untuk membolehkan anda menyertai pelaburan unit amanah tidak kira di mana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa.
Terdapat dua (2) sistem pelaburan jarak jauh di fusemoney.com iaitu Sistem Pelaburan Jarak Jauh Untuk Pelaburan Tunai dan Sistem Pelaburan Jarak Jauh Untuk Skim Pengeluaran KWSP.
Bagi mendapat gambaran tentang mekanisme sistem ini, anda boleh meneliti carta alir yang kami sediakan untuk kedua-dua sistem tersebut.
Carta alir Sistem Pelaburan Jarak Jauh Tunai
Carta alir Sistem Pelaburan Jarak Jauh KWSP
Kenapa anda perlu menyertai sistem pelaburan jarak jauh di fusemoney.com?
- Jarak bukan lagi halangan untuk anda memulakan perancangan kewangan masa depan.
- Tidak perlu lagi pening kepala untuk menentukan tarikh temujanji.
- Anda boleh mendapatkan segala info berkenaan pelaburan unit amanah di fusemoney.com.
- Anda boleh mendapatkan rundingan daripada kami secara online.
- Sistem ini menggalakkan anda untuk ‘do it yourself’.
- Tiada pertukaran atau pindahan wang tunai yang terlibat.
- Maklumat peribadi dan kewangan anda dijamin selamat di dalam pengkalan data fusemoney.com.
- Maklumat anda tidak akan sesekali didedahkan kepada pihak ketiga.
- Laporan perkembangan pelaburan anda akan dihantar ke alamat emel anda secara berkala.
Komen Terkini