Jom Sertai Public Mutual Sebagai Unit Trust Consultant
Friday, November 20, 2009 2:08
Salam 1 Malaysia
Saya ingin berkongsi kejayaan saya dan mempelawa anda untuk menyertai kumpulan saya di Public Mutual dan menjadi Perunding Amanah Saham (Unit Trust Consultant) secara full time/part time.
Sesiapa saje yang berminat boleh join. Syarat asasnya anda perlulah berumur 21 tahun dan mempunyai kelulusan SPM. Untuk berjaya pula, anda haruslah mempunyai sikap yang positif dan sukakan cabaran. Public Mutual menawarkan komisyen dan insentif yang sangat menarik dan ramai yang telah berjaya di dalam kerjaya ini..termasuk saya.
Apa yang menarik? Jom saya kongsi kelebihan jika anda menyertai Public Mutual:
1) Potensi Pendapatan Yang Tidak Terhad (Direct / Indirect Commision)
Di Public Mutual, anda akan dibayar setimpal dengan usaha anda. Sebagai ejen biasa, komisyen anda adalah seperti berikut:
Pelaburan tunai: 2.75% daripada jumlah sales
Pelaburan EPF : 2% daripada jumlah sales
Sebagai contoh, anda mendapat jumlah sales sebanyak RM70,000 daripada pelaburan tunai. Dari sini, anda mendapat pendapatan sebanyak RM70,000 x 2.75% = RM1925.
Jika anda berjaya mendapatkan sales sebanyak RM1,000,000 daripada seorang pelabur. Berapa jumlah komisyen yang anda dapat? RM1,000,000 x 2.75% = RM27,500.
Walaupun komisyen untuk pelaburan EPF adalah agak kecil berbanding pelaburan tunai, tetapi pelaburan EPF boleh memberikan kita pendapatan yang berterusan. Ini kerana, pelabur EPF boleh melabur setiap 3 bulan. Jika kita berjaya meyakinkan para pelabur kita untuk terus melabur setiap 3 bulan, secara tidak langsung kita akan mempunyai sejumlah sales yang tetap setiap bulan.
Sebagai contoh, seorang pelabur mampu untuk melabur menggunakan EPF (berdasarkan pengiraan yang ditetapkan oleh pihak KWSP) sebanyak RM10,000, dengan ini anda akan mendapat komisyen sebanyak RM10,000 x 2% =RM200. Selepas tiga bulan, jika dia melabur lagi sebanyak RM10,000, anda akan mendapat lagi RM200 daripada pelaburannya.
Memandangkan pelabur ini merupakan seorang yang sangat berminat untuk melabur, dia juga bercadang untuk menambah pelaburannya setiap 3 bulan. Jadi secara automatik anda akan mendapat pendapatan tetap yang lumayan daripada pelabur ini.
2) Bonus Tahunan
Bayaran bonus adalah berdasarkan jumlah jualan sepanjang tahun.
3) Insentif dan Trip Percuma
Setiap tahun, Public Mutual akan melancarkan kempen ‘Free Incentive & Challenge Trip yang mana consultant yang layak akan ditaja untuk melancong di destinasi yang ditetapkan (Untuk kempen 2009, destinasinya adalah Sudan, Seoul dan Bali). Jumlah jualan yang diperlukan dalam lingkungan RM700,000 dan ke atas.
4) Career Benefit
Career Benefit ini bolehlah dianggap sebagai residual income yang akan dibayar setiap bulan. Pengiraannya adalah berdasarkan jumlah Asset Under Management (AUM) iaitu jumlah keseluruhan pelaburan oleh klien kita. Dengan kata lain, selagi pelabur kita tidak menjual pelaburan mereka, selagi itulah kita akan mendapat Career Benefit ini.
Peratusan Career Benefit ini agak kecil berbanding Direct Commission tetapi jika kita telah menceburkan diri di dalam bidang ini untuk beberapa tahun dan mempunyai AUM yang besar, maka besarlah jumlah yang akan kita perolehi.
Sebagai contoh, consultant yang mempunyai AUM sebanyak RM15,000,000 akan mendapat Career Benefit sebanyak RM2500 setiap bulan.
5) Career Prospect
Anda boleh mengembangkan kerjaya anda dengan menggunakan subsidi daripada Public Mutual untuk menjadi Certified Financial Planner (CFP). Sebagai seorang CFP, kredibiliti anda akan bertambah dan boleh membantu memajukan lagi perniagaan anda.
Jadi, bagaimana untuk menjadi Konsultan Unit Amanah?
Lesen untuk memasarkan Unit Trust mestila diperolehi drp FMUTM (Federation Malaysian Unit Trust Manager). Oleh itu, konsultan baru perlulah menduduki ujian CUTE (Computerised Unit Trust Examination) oleh FMUTM. Public Mutual ada menyediakan kelas tutorial.
Yuran Pendaftaran hanya RM250. Jika consultant berjaya mendapatkan sales sebanyak RM50,000 di dalam masa 6 bulan, Public Mutual akan memulangkan semula yuran pendaftaran ini.
P/S: Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh hubungi saya di 013-3085366 (Iza)
P/S/S: Jika anda ada facebook..jangan lupa kongsikan artikel ni pada kawan-kawan anda
Hanya klik pada button facebook kat sebelah je..
Related posts:
- Kerjaya Sebagai Unit Trust Consultant (UTC)
- Urusan Pendaftaran dan Persediaan Sebelum Menduduki Computerized Unit Trust Consultant Exam (CUTE)
- Public Mutual Pengurus Dana Islam Terkemuka 3 Tahun Berturut-turut
- Master Prospektus Untuk Dana-Dana Unit Amanah Public Mutual
- Prestasi Public Ittikal Fund Dari 25 Feb 2009 – 24 Feb 2010







negaraku.net says:
November 20th, 2009 at 12:08 pm
Jom Sertai Public Mutual Sebagai Unit Trust Consultant | fusemoney.com…
Saya ingin berkongsi kejayaan saya dan mempelawa anda untuk menyertai kumpulan saya di Public Mutual dan menjadi Perunding Amanah Saham (Unit Trust Consultant) secara full time/part time….
jutawan diam says:
November 20th, 2009 at 12:19 pm
Twitter: akls73
Tahniah arieiza…hebat doh loni..naik pangkat dalam public mutual. Forex lagi masyuk..public mutual pun masyuk jugok nih..kena belanja makan nih.
arieiza says:
December 5th, 2009 at 6:43 pm
Twitter: arieiza
bodek nampak..hoho
jebat says:
December 7th, 2009 at 5:42 pm
wah tahniah arieiza! kena belanja mkn ni..hee
raja arif says:
December 8th, 2009 at 7:14 pm
terima kasih cik iza (admin) untuk penerangan yang sangat jelas. lepas ni boleh la saya join sebagai consultant pulak ye? InsyaAllah.
arieiza says:
December 17th, 2009 at 9:50 pm
Twitter: arieiza
sama2..boleh je en arif dialu2kan kalu nk join