
Pernah dengar tentang kad debit dan kad kredit? Jika dulu dianggap sesiapa yang membuat bayaran menggunakan kad kredit adalah golongan yang berduit, tapi kini ia seolah perkara biasa di kalangan kita. Tambahan lagi sudah banyak tempat kini menerima bayaran melalui kad debit dan kad kredit. Isi minyak, membeli belah malah makan kat restoran pun boleh guna kad debit dan kad kredit. Apa kelebihan penggunaan kedua2 kad ini agaknya?
KAD DEBIT DAN KELEBIHANNYA
Kad debit seperti kad kredit membolehkan anda membayar sebarang pembelian tanpa menggunakan wang tunai atau menulis cek. Tapi wang anda akan diambil secara terus daripada akaun simpanan anda. Maknanya, anda hanya boleh guna kad debit untuk membayar jika dalam akaun bank anda ada duit la..hehe
Kelebihannya, anda boleh merancang bajet. Jika dibandingkan dengan kad kredit, baki akaun anda akan berkurangan setiap kali pembayaran dibuat. Jadi anda boleh tentukan berapa nilai duit yang anda nak gunakan supaya tak terlebih berbelanja. Kad debit biasanya digunakan untuk membeli barang melalui pos, online atau melalui telefon.
Banyak bank kini menawarkan kad ATM yang juga berfungsi senagai kad debit (selalunya kad ini mempunyai logo Visa atau MasterCard). Jika berminat, dapatkan maklumat daripada bank anda. Tapi pastikan sama ada bank anda mengenakan bayaran kerana kebanyakan bank tidak mengenakan sebarang bayaran bagi menggunakannya. Namun ada juga yang mengenakan bayaran tahunan yang rendah.
KAD KREDIT DAN KELEBIHANNYA
Kad kredit umpama satu pinjaman yang diberikan kepada anda yang boleh digunakan ntuk membuat bayaran. Baik atau buruk kad kredit bergantung kepada bagaimana cara anda menggunakannya. Selalunya terdapat had jumlah kredit yang boleh anda gunakan. Pihak bank akan menentukan jumlah kredit berdasarkan pendapatan tahunan dan sejarah penggunaan kad kredit iaitu sama ada anda mempunyai rekod pembayaran yang baik atau sebaliknya.
Kad kredit tidak seperti kad debit yang mana tidak menggambarkan berapa jumlah wang simpanan anda. Katakan had kredit anda adalah RM500, jadi anda boleh berbelanja hingga jumlah tersebut walaupun dalan akaun simpanan anda ada cuma RM100. Bermakna, anda berhutang sehingga hujung bulan dan perlu membayar balik setiap jumlah yang anda telah belanjakan.
JADI, KAD DEBIT ATAU KAD KREDIT?
Jawapannya ada pada anda. Sejauh mana anda memerlukan kedua2 kad ini bergantung kepada cara anda berbelanja. Kad debit kebanyakan datang dengan kad ATM semasa anda membuka akaun, manakala kad kredit perlu dipohon dengan cara berlainan mengikut prosedur dan syarat2 tertentu.
Kesimpulannya, jika anda ingin hadkan membawa jumlah wang yang banyak maka kad debit dapat membantu. Manakala jika anda mempunyai kapasiti wang untuk membayar jumlah yang telah ditetapkan, maka kad kredit amat berguna terutam semasa kecemasan. Jadi, buatlah pilihan yang bijak!
P/S: Jika anda ada facebook..jangan lupa kongsikan artikel ni pada kawan-kawan anda
Hanya klik pada button facebook kat sebelah je..

October 15th, 2009 on 1:01 am
saya guna debit kad je..hehehee
[Reply]
October 15th, 2009 on 9:38 am
Saya guna Kad Debit dh cukup. Sbb sy kurang berbelanja, nk belanja lebih2 nnti habis plak duit.
[Reply]
October 16th, 2009 on 10:29 pm
bagus shahrul jimat cermat..itula kdg2 kad kredit buat kita lupa. asyik nak belanja je.
[Reply]
October 18th, 2009 on 4:14 am
In truth, immediately i didn’t understand the essence. But after re-reading all at once became clear.
[Reply]
December 20th, 2009 on 6:28 pm
kalo katakan saya nak register paypal, dan paypal nak minta credit card dan saya cuma ada debit kad, bolehkah saya gunakan debit kad untuk mendaftar..saya tak berapa mengerti pasal benda2 macam ni hehe
[Reply]
December 20th, 2009 on 9:00 pm
Maiko, berkenaan dgn paypal. Kalau di Malaysia ni agak ‘strict’ utk warganegara malaysia mendaftarkan debit card di Paypal. Kononnya, warganegara Malaysia banyak terlibat dengan kes2 money laundering.
Tapi, mengikut pengalaman saya. Kad debit Public Bank boleh digunakan untuk menerima dan membuat pengeluaran duit drpd akaun paypal saudara. Bagi bank2 yg lain, sy tidak berapa pasti sebab ada yg hanya kita boleh ‘add’ sahaja ke dalam akaun paypal tetapi tidak boleh ‘withdraw’ duit drpd akaun paypal.
[Reply]
February 23rd, 2010 on 12:37 am
maiko, sebenrnye ade debit kad yg bole digunakan utk paypal, paling senang apply kat Public Bank,Debit Card Visa Electron.. settle.. dah nak setahun aku guna utk guna pd paypal, shopping pon senang.
[Reply]
March 11th, 2010 on 1:26 pm
erm… skrg sedang mencari… bank mane yg elok kalu nk wat kad kredit?? help help..
[Reply]
fusemoney Reply:
March 11th, 2010 at 1:51 pm
Buat apa nak guna kad kredit..banyak masalah daripada kebaikkannya hanie. Lebih baik guna kad debit je. Tapi kalau nak jugak..dengan mana-mana bank pun ok. Yang penting ada logo Mastercard atau Visa. Tapi kalau nk islamic..try al-rajhi.
[Reply]
April 24th, 2010 on 9:41 am
Wonderful insight
[Reply]
June 21st, 2010 on 10:51 pm
Pandangan saya both card has advantage.Kalau nak guna kad kredit harus mampu bayar penuh.Jangan bayar minima 5%,maksudnya kita tak layak.Sebaiknya dan mudah gunakan debit kad kerana ianya account wang kita.Maksudnya kita tak berhutang!!!.Kearah perbelanjaan berhemah cuba jimat dan saving on your own debit card so easy bila berbelanja…:01:
[Reply]
fusemoney Reply:
June 21st, 2010 at 10:58 pm
Kad debit jg lebih selamat jika dibandingkan dengan kad kredit. Setuju dengan en azhari
[Reply]