kwsp+epf

Sejak saya melibatkan diri dalam Public Mutual, pelbagai karenah manusia yang saya jumpa. Ramai yang inginkan duit berganda-ganda tapi takut untuk melabur. Ada juga yang terlebih berani mencuba hingga semua duit yang dia ada nak dilaburkan. Apa pun, saya cukup hormat pada klien saya yang berpendapatan rendah tapi punya cita2 tinggi nak mengubah hidup. Tak ada cash bukan masalah..simpanan KWSP dapat merealisasikan impian anda. Bagaimana?

Pengeluaran Pelaburan Simpanan KWSP

Pengeluaran ini membolehkan pencarum KWSP mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

Pencarum KWSP boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Kelayakan Memohon

Anda layak memohon sekiranya:

(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia  sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang:
* Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
* Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
* Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
* Anda mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah Simpanan Asas sekurang-kurangnya sebanyak RM5,000.00

Syarat-syarat Pengeluaran

Pengeluaran untuk pelaburan adalah dibenarkan kepada ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun I, dan belum mencapai umur 55 tahun. Untuk ahli yang layak, mereka boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan ini di dalam unit amanah melalui pengurus dana luaran yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi baki simpanan asas di dalam Akaun I.

Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Anda juga tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang anda sendiri. Pengeluaran pelaburan boleh dibuat dalam jangka masa tiga bulan daripada tarikh pemindahan terakhir, tertakluk kepada jumlah baki yang mencukupi di dalam Akaun I.

Masih kurang faham atau berminat boleh hubungi saya untuk rundingan percuma.

P/S: Jika anda ada facebook..jangan lupa kongsikan artikel ni pada kawan-kawan anda :) Hanya klik pada button facebook kat sebelah je..

Anda Juga Mungkin Ingin Tahu Tentang..