Kenapa Perlu Takut dengan Unit Trust?

Sunday, March 15, 2009 20:50
Posted in category Unit Trust

salam sejahtera semua..

Hari ini saya menerjah ‘MATTA FAIR’ yang berlangsung di PWTC. Memang raaammmmaaai giler orang. Tak tahu lah apa yang diorang cari kat sana dan aku pun sebenarnya tak tahu apa tu ‘MATTA FAIR’. Rupa-rupanya ‘fair’ untuk ‘promote’ produk pelancongan dan pakej-pakej pelancongan. Dalam pada meninjau program yang berlangsung, saya mengambil kesempatan mencari bakal-bakal pelanggan untuk perniagaan ‘unit trust’ saya. Tak sampai 2 jam habis semua ‘flyer’ yang saya bawak dari rumah. Macam goreng pisang panas. Pelik pulak sebab tengok orang yang pergi ‘fair’ tu macam datang untuk kumpul ‘flyer’..siap penuh 1 beg MATTA yang warna hijau tu. Sambil mengedarkan ‘flyer’ tentang ‘unit trust’, saya sempat menerangkan sedikit sebanyak tentang konsep ‘unit trust’ dan faedah-faedahnya. Dan tak lupa dapatkan ‘contact number’ mereka. Ada yang berminat dan ada jugak yang 50-50..dengan macam-macam alasan.

Dalam ramai-ramai orang yang saya jumpa, ada salah sorang tu cakap “eee…takutlah invest dalam unit trust..nanti duit lesap!”.. akak tu cakap. Saya hanya tersenyum je lah. Terus saya bertanya pada die..”puan ada simpan duit dalam ASB tak?”..dia cakap..”ada”. Saya pun apa lagi membuka seribu rahsia la tentang ‘unit trust’.” Puan..ASB dengan ‘unit trust’ adalah benda yang sama..cuma panggilan je berbeza. “ooooo…” panjaaang je ‘o’ dia. Mungkin ada antara kita yang tahu unit trust dengan nama unit amanah atau amanah saham.

“ASB adalah skim amanah saham bumiputera, manakala ‘unit trust’ yang saya ‘offer’ pada akak ni adalah daripada bank dan merupakan syarikat pengurus ‘unit trust’ yang terbaik di Malaysia..nombor SATU kak!” ( masa tu aku tengah ‘highlight’ logo Public Mutual pada flyer.)

“ooo…akak dah tahu dah..selalu nampak iklan Public Mutual kat ‘Federal Highway’..”. Dalam hati saya ” kalau dah tahu kenapa cakap tadi takut dengan ‘unit trust’..kan dah terbukti syarikat ni pengurus ‘unit trust’ yang terbaik.”

“Tapi akak tahu tak yang ASB bagi pulangan lebih rendah berbanding ‘unit trust’ daripada Public Mutual?” saya soal die balik. “Tak tahu..”

“Haaa..meh saya ‘explain’. ASB bagi pulangan sekitar 8% je setahun..tapi dengan ‘unit trust’ yang saya ‘offer’ ni boleh bagi pulangan sehingga purata 30% setahun..tapi mengikut dana mana yang akak pilih lah..jika dana tu ‘agressive’ maka tinggi lah pulangannya. Jika sederhana..pulangannya pun sederhana lah. Dengan ‘Unit Trust’ yang saya ‘offer’ ni akak dapat dua jenis pulangan..pertama dividen dan yang kedua peningkatan nilai duit yang disimpan.”

“Tapiiii…tak hilang ke duit dik?, akak gerun la dengan ‘labur-labur’ ni” die soal pada saya penuh dengan was-was. Saya pun memperbetulkan istilah ‘labur-labur’ die tu kepada ’simpanan’. “Gini kak, soal hilang duit tu berlaku apabila akak menjual balik pelaburan yang akak buat pada harga yang lebih rendah (mengeluarkan duit). Contohnya bulan januari akak simpan (beli ‘unit trust’) RM 1000 dengan harga se-unit ‘unit trust’ tu RM 1.00. Maka akak dapat 1000 unit. Tapi bulan march akak nak keluarkan duit (jual ‘unit trust’) daripada akaun akak yang 1000 unit tadi pada harga semasa RM 0.80 se-unit..dengan nilai akhirnya adalah RM 800 sahaja. Sudah terang-terang lah akak rugi RM 200 dan duit akak hilang. Jadi saya nasihatkan akak untuk simpan duit dalam ‘unit trust’ yang akak rasa tak perlu nak guna dalam waktu terdekat ataupun akak rasa nak guna duit tu dalam tempoh 3,5 atau 10 tahun akan datang. Selalunya masalah hilang duit ni berlaku pada orang yang menyimpan dalam jangka masa pendek dan juga faktor emosi. Saya tegaskan sekali lagi, simpanan dalam ‘unit trust’ adalah untuk jangka masa panjang..minimum 3 tahun.”

“ooo..tak macam ASB ekk..yang boleh ‘draw’ bila-bila masa pun.”

” Pada pendapat saya, tak mengganggu ke duit kita yang sedang bekerja kuat untuk kita, kalau kita asyik duk tarik keluar je dia selalu?”

“Mestilah mengganggu.., macamana nak beranak banyak-banyak kalau sentiasa diganggu kan?” akak tu pulak soal saya balik. Hahaha..nampak gaya dah faham la tu.

Berakhir kat situ je perbualan kami dan die terus beredar.

Kesimpulannya, mengapa perlu takut pada ‘unit trust’? Pokoknya kita menyimpan dan memaksa wang kita bekerja kuat untuk kebaikan kita pada masa akan datang.

Related posts:

  1. Syarikat Unit Trust No.1* di Malaysia
  2. Urusan Pendaftaran dan Persediaan Sebelum Menduduki Computerized Unit Trust Consultant Exam (CUTE)
  3. Kerjaya Sebagai Unit Trust Consultant (UTC)
  4. Simpan Awal atau Simpan Kemudian?
  5. Unit Trust Industry Expected To Grow 25% to 30%

You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Kenapa Perlu Takut dengan Unit Trust?”

  1. zaitul says:

    September 30th, 2009 at 12:22 am

    saya minat nk wak pelaburan dlm rm 5000.call me 014 8306913…insya Allah

  2. jutawan diam says:

    September 30th, 2009 at 1:01 am

    Twitter: akls73
    bagus..bagus..unit trust adalah cara terbaik untuk gandakan wang anda dengan risiko yang rendah.

  3. arieiza says:

    September 30th, 2009 at 1:13 am

    Twitter: arieiza
    Saya akn hubungi zaitul untuk penerangan yg lebih lanjut tentang unit trust. Terima kasih.

Leave a Reply