Kerja Dari Rumah, Adakah Ianya Budaya Malaysia?

Monday, December 21, 2009 2:58
Posted in category Umum

kerja dr rumah

Salam ceria,

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel2 saya di fusemoney.com. Kali ini, saya mahu mengulas sedikit tentang ‘kerja dari rumah, adakah ianya budaya Malaysia?’.

Seperti yg kita tahu, perubahan zaman begitu cepat berlaku. Kini maklumat adalah KUASA. Siapa yg mempunyai dan menguasai maklumat dia dikira berkuasa pada zaman ini. Kerja dari rumah juga adalah salah satu cabang penguasaan maklumat dan hanya berlaku dengan kepantasan jaringan perhubungan yang dikenali sebagai Internet. Pada pendapat saya, budaya kerja dari rumah di kalangan rakyat Malaysia masih baru jika nak dibandingkan dengan rakyat-rakyat di negara barat yg kita ketahui lebih terkedepan dalam soal ini. Di Malaysia, ramai di antara kita yang masih mengejar gaji bulanan, masih menitikberatkan jawatan dalam organisasi tertentu dan sebagainya.

Bagi kita di Malaysia, itulah yang dipanggil JAMINAN. Di sini orang masih belum yakin dengan skop kerja dari rumah. Adakah ianya menjaminkan? setimpalkah hasilnya?.

Kepada anda yg baru berjinak-jinak dgn bidang kerja dari rumah. Pertama, fikirkannya sebagai satu bentuk perniagaan bagi pihak anda. Ia sememangnya sebuah perniagaan. Tubuhkan atau daftarkan satu syarikat dan kemudiannya mulakan kerja dari rumah yg menjadi fokus anda. Jika anda seorang perunding kewangan, maka pasarkan khidmat anda itu kepada bakal2 pelanggan anda. Resipinya mudah..buat apa yg anda pakar tentangnya. Rancangkan dan susunkan strategi. Tapi budaya rakyat Malaysia (bukan semua), adalah malas utk berfikir dan gemarkan jalan pintas.

Bagaimana dengan anda? adakah anda seorang yang mempunyai budaya kerja dari rumah?

P/S: Jika anda ada facebook..jangan lupa kongsikan artikel ni pada kawan-kawan anda :) Hanya klik pada button facebook kat sebelah je..

Related posts:

  1. KWSP Umum Dividen 5.65% Bagi Tahun Berakhir 2009. Namun Adakah Ianya Benar-Benar ‘Bersih’?
  2. Prestasi Public Ittikal Fund Dari 25 Feb 2009 – 24 Feb 2010
  3. Syarikat Unit Trust No.1* di Malaysia
  4. Enam Fakta Kewangan Rakyat Malaysia
  5. Apa Bank Kegemaran Anda di Malaysia?

You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Kerja Dari Rumah, Adakah Ianya Budaya Malaysia?”

  1. jebat says:

    December 21st, 2009 at 1:02 pm

    kat malaysia tak rmai yg berani lepaskan mkn gaji admin..kalu sbg part time xpe hee

  2. iberwang says:

    December 21st, 2009 at 6:15 pm

    Twitter: iberwang
    Di Malaysia rasanya baru suam-suam kuku. Tak ramai yg berani buat full time kerana orang kita belum begitu YAKIN dengan pembelian secara online. Bagaimanapun nampaknya semakin ramai usahawan yang telah masuk “internet marketing” ataupun memasarkan produk secara online. It’s catching up, but slow….

  3. arieiza says:

    December 21st, 2009 at 7:58 pm

    Twitter: arieiza
    betul jebat dan iberwang,
    rakyat malaysia belum berani lepaskan ’secure job’ mereka..tp dh ramai juga buktikan yg pasif income boleh bawa kita jauh lbh baik dr mkn gaji. malah bergelar jutawan dlm masa singkat..ape pun jika ada rezeki usaha pasti mendatangkan hasil.

    jadi utk permulaan tidak salah jadikannya sbg part time dulu..bila dh rasa selamat lepaskn kerja makan gaji anda! 9/10 sumber rezeki adalah drpd perniagaan. take it as a challenge everyone!

  4. jutawan diam says:

    December 21st, 2009 at 8:02 pm

    Twitter: akls73
    Seperti upline kami saudara herwan sairon yg berani untuk melepaskan secure job beliau semata-mata utk berjaya sebagai unit trust consultant. Hebat!.

Leave a Reply