Minat melabur dalm unit trust tetapi takde wang tunai? Jangan risau, anda ada KWSP (EPF)? Jika jawapan anda YA, masalah anda sudah selesai. Langkah seterusya adalah anda perlu tahu tentang syarat2 dan prosedur untuk gunakan KWSP anda sebagai modal pelaburan.
Mulai 1 Febuari 2008, KWSP telah mengubah kelayakan pelaburan bagi para pencarum mengikut umur pencarum. Salah satu objektif perubahan tersebut adalah bagi memberi pilihan kepada anda untuk melabur sejumlah wang yang layak dilaburkan ke dalam mekanisma pelaburan yang berpotensi memberikan pulangan yang lebih tinggi. Dengan itu, wang caruman anda tidak semata-mata bergantung kepada pelaburan KWSP bagi simpanan hari tua anda.
Melalui pelaburan Unit Amanah wang persaraan dapat dikembangkan pada kadar pulangan yang lebih tinggi berbanding kadar dividen KWSP. Menggunakan Rule of 72, wang persaraan boleh digandakan dalam tempoh masa yang lebih singkat! Ini adalah peluang baik bagi pencarum muda KWSP!

Contohnya, jika anda mempunyai RM100,000 di dalam KWSP hari ini dan katakan purata kadar dividen tahunan adalah 6% setahun, wang anda berganda dalam tempoh 12 tahun ( 72 bahagi 6). Sebagai alternatif , jika wang tersebut di laburkan ke dalam Unit Amanah yang berpotensi memberi purata kadar pulangan 10% setiap tahun, wang anda akan berganda dalam tempoh 7.2 tahun (72 bahagi 10).
CADANGAN KEPADA PELABUR MUDA KWSP
- Melabur dengan objektif simpanan hari tua dari caruman KWSP anda
- Fokus kepada objektif pelaburan jangkamasa panjang
- Melabur secara tetap dalam tempoh 3 bulan tanpa mengira pasaran sedang kukuh atau jatuh. Anda dinasihatkan untuk mengikut tarikh pelaburan yang telah benarkan oleh KWSP supayat idak terlepas peluang untuk menggandakan wang simpanan hari tua anda.
- Gunakan strategi Dollar Cost Averaging untuk mengumpul lebih banyak unit pelaburan di samping mengurangkan risiko pelaburan.
- Pelbagaikan pelaburan ke dalam dana-dana yang mempunyai kelas asset yang berbeza bagi mengurangkan risiko pelaburan dan memaksimumkan pulangan. Sila berbincang dengan Perunding Unit Amanah anda.
KENAPA MELABUR MENGGUNAKAN WANG KWSP?
- MODAL SEDIA ADA. Anda hanya menggunakan 20% sahaja wang simpanan KWSP untuk dilaburkan ke dalam pelaburan Unit Amanah. Kini, anda tidak perlu bersusah payah mencari wang tunai untuk dilaburkan.
- DANA SYARIAH. Wang dilaburkan ke dalam unit amanah berasaskan syariah dan ini akan memberikan ketenangan kepada pelabur.
- POTENSI PULANGAN LEBIH TINGGI. Unit Amanah telah menunjukkan rekod dan potensi untuk memberi pulangan lebih tinggi berbanding mekanisma pelaburan/simpanan lain seperti Fixed Deposit mahupun KWSP.
- PENGGANDAAN SIMPANAN HARI TUA ANDA LEBIH CEPAT. Mengikut Rule 72, wang simpanan hari tu anda dapat digandakan dengan lebih cepat kerana pulangan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, wang RM100,000 akan berganda dalam tempoh 7.2 tahun pada kadar pulangan 10%/tahun (kadar purata Unit Amanah) berbanding 12 tahun pada kadar pulangan 6%/tahun (kadar purata KWSP).
Sekarang anda tiada lagi alasan tiada wang tunai untuk tidak melabur kan? Jadi melaburlah sekarang, jangan biarkan orang lain mengaut keuntungan sementara anda masih bertangguh.

December 7th, 2009 on 11:35 pm
simpanan asas untuk yang berumur 40 tahun berapa ye?
[Reply]
December 8th, 2009 on 12:18 am
simpanan asas utk yg berumur 40 thn adalah rm44,000. 20% daripada baki dari simpanan tersebut boleh digunakan utk melabur.
[Reply]