Hari ini sambil belek-belek akhbar online saya terbaca berita tentang KWSP akan memberi dividen 5.65% kepada para pencarumnya. So, selamat mendapat dividen kepada anda semua..
. Suke la tu..Sekadar untuk berkongsi maklumat dengan korang kat bawah ni adalah sejarah dividen yang KWSP bagi sejak tahun 2000.
Dalam kegembiraan mendapat bayaran dividen, adalah lebih elok anda memberi ruang sedikit untuk membuat kajian tentang status dividen tersebut samada ianya benar-benar ‘bersih’ ataupun bercampur aduk dengan yang ‘haram’. Bukan apa..wang titik peluh anda dilaburkan oleh pihak KWSP, caruman anda dan majikan (principal) serta dividen akan bercampur aduk dan jumlah akhir wang itulah yang akan anda keluarkan bila sampai tempohnya nanti. So, baik double check yer..
Setelah penat meng ‘google’ akhirnya saya terjumpa ‘benda’ ni kat blog ustaz zaharudin. Jangan terkejut pulak lepas baca nanti.


Jadi, nilai-nilaikan la sendiri yer..
P/S: Jika anda ada facebook..jangan lupa kongsi artikel ni pada kawan-kawan anda, menyebarkan ilmu itu boleh dapat pahala tau
Hanya klik pada button facebook kat sebelah je..


March 6th, 2010 on 8:40 pm
Teruk la macam ni kalau dividen KWSP pun ada unsur haram
[Reply]
March 6th, 2010 on 8:54 pm
kenyataan..pahit untuk ditelan. nampaknya halal haram dah jadi satu mainan.
[Reply]
March 6th, 2010 on 8:59 pm
ASB pun haram..KWSP pun begini jugak. Adoilaa..terima kasih kerana dedahkan perkara ini.
[Reply]
March 6th, 2010 on 9:02 pm
6% je paling tinggi KWSP pernah beri dividen…hampeh betul. Duit kita tu kan sekadar simpanan sahaja. Mengapa pulak dilaburkan?
[Reply]
March 6th, 2010 on 9:04 pm
kalau nak melabur pun..laburlah tempat yang halal je. Ni semua tempat sapu..
[Reply]
March 6th, 2010 on 9:09 pm
KWSP tu kan wajib. Ibarat duit yang terpaksa kita simpan. Kerajaan yang paksa. Oleh kerana, pemegang dana terbesar kat Malaysia ni KWSP. Maka dia pun jadi macam along la..bagi pinjam sana sini dan ambil keuntungan.
Satu ketika dulu..PTPTN pun pinjam duit KWSP sebab tak cukup duit nak bagi loan kat student. Bila sebut pinjaman..pasti ada kadar faedah yang dikenakan.
[Reply]
March 6th, 2010 on 9:13 pm
habis tu macam mana ni? duit haram bercampur aduk dengan duit gaji kita. Nak sedekah sayang pulak..nak guna..was-was la pulak.
Setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram adalah makanan api neraka!!
[Reply]
March 6th, 2010 on 9:42 pm
ko sedekah je duit dividen tu. Belambak orang susah sekarang ni.
[Reply]
March 7th, 2010 on 12:36 pm
Jom simpan duit korang dalam dana-dana syariah Public Mutual. Bukan sahaja bersih dan halal malah beri pulangan yang lebih tinggi.
[Reply]
March 7th, 2010 on 8:55 pm
Aku dah lama invest sebahagian duit EPF aku dalam public mutual. Alhamdulillah..admin fusemoney guide aku dengan bagus dan setiap kali penyata pelaburan daripada public mutual sampai umah..memang nampak pertambahan duit yang aku simpan.
Tapi yang soal dividen EPF ni haram tak tahu pulak aku. Kawan-kawan..kalau korang rasa duit epf korang sedikit dan korang rasa keje korang macam takde jaminan…lebih baik korang laburkan duit epf korang dalam public mutual sebelum korang diberhentikan keje or what ever.
Hari ni..masa kita tengah diperlukan lagi oleh majikan..boleh la kita mendabik dada lagi. Tapi bila dah keje takde..gaji pun takde..korek duit simpanan..mcmana KWSP nak berkembang? Bagi aku..orang yang bijak takkan biarkan duit yang ada beku macam tu je.
[Reply]
April 25th, 2010 on 3:14 pm
betul awang_spanar..KWSP tak berkembang jika dibiarkan mcm tu je
[Reply]
April 25th, 2010 on 3:43 pm
Klu bole kuar duit KWSP tu tuk kita sendiri yg laburkan bagus. Skrg ni ramai yg dah pandai buat pelaburan sendiri yg jd consultant pelaburan pun ada apa susah. ni nak kuar tuk pelaburan tp macam2 syarat dan kerenah cam x nak bg je. Biar la individu tu sendiri yg buat pelaburan x de la timbul isu halal haram. lg pun klu kuar kwsp skrg ni buat pelaburan klu rugi bukan kwsp akan tanggungjawab pun kenapa nak tentukan itu boleh labur itu x boleh, sama je yg bertanggungjawab/ tanggung risiko penama/ individu itu sendiri gak. Biar la masing2 buet pilihan sendiri yg nak biar duit dlm kwsp biarkan yg nak labur beri la. kadang2 org nak melabur ilmu ada modal x de. Kan Kwsp tolong simpan je.
ini apa yg saya rasa..
[Reply]
nazri Reply:
April 25th, 2010 at 8:45 pm
[Reply]
April 25th, 2010 on 9:16 pm
[Reply]
nazri Reply:
April 25th, 2010 at 10:33 pm
[Reply]
April 26th, 2010 on 1:34 am
betul semua org ada hak atas wang KWSP masing2..tp kerajaan xkan amik risiko utk sume org kalau duit yg sepatutnya utk hari tua dilabur dlm skim yg tak sah. sebab tu ada limit yg ditetapkan utk invest..
[Reply]
July 21st, 2010 on 9:48 pm
klau duit kwsp dh haram bole ke kita ambik sebahagiannye utk melabur dlm dana syariah yg halal..duit haram melabur utk dana halal adakah duit itu halal….
[Reply]
fusemoney Reply:
July 22nd, 2010 at 10:03 am
umpama sembelih ayam yang dicuri kemudian masak dengan tujuan untuk bagi makan orang masjid…
Sumber haram tidak akan menjadikan sumber yg terhasil drpdnya menjadi halal.
Untuk kes KWSP..biasa anda akan dpt penyata bonus atau dividen setiap tahun..asingkan nilai dividen berkenaan daripada duit sebenar anda (duit caruman anda + majikan). Yang syubhah nya adalah nilai dividen yg diperolehi. Nilai dividen tersebut boleh lah disumbangkan kepada komuniti masyarakat sebagai cth untuk diperbaiki jalan raya masuk ke kampung2 atau lain-lain perkara.
[Reply]