Ada klien saya bertanyakan pada saya mana yang lebih baik Lump Sum investment ataupun DCA (dollar cost averaging)?..bagi saya dua-dua bagus..tapi yang penting tepuk dada tanya kemampuan sendiri. Ingat yer\, anda tidak digalakkan membuat pinjaman daripada mana-mana institusi perbankan semata-semata untuk membuat ‘lump sum’ investment.

dilemma1

Pada pendapat saya, untuk masa ekonomi yang tidak berapa menentu sekarang adalah lebih baik memilihi melabur dalam strategi DCA kerana matlamat anda adalah untuk mendapat sebanyak mungkin unit dalam pelaburan tersebut. Jika kaedah lump sum, anda akan hanya membeli unit amanah dalam mana-mana dana pada harga yang sama. Sebagai contoh, anda mempunyai RM 10,000 dan membeli unit amanah public islamic equity fund dengan harga RM 0.70 sen seunit. Maka, anda hanya dapat 14,285 unit sahaja. Berbanding dengan DCA anda hanya akan membuat belian apabila terdapat turun naik harga berdasarkan nilai yang sama (sila rujuk post DCA).

Ingat, matlamat anda melabur dalam unit amanah adalah untuk membuat keuntungan dan keuntungan akan datang dengan cara anda memaksimumkan pegangan unit dalam akaun pelaburan anda.

Anda Juga Mungkin Ingin Tahu Tentang..