A = P(1 + r)n
Albert Einstein pernah berkata..
“The most powerful force in the universe is compound interest”
Kali ini saya mahu mengajak anda semua mendalami konsep pengiraan Compound Interest. Saya yakin masih ramai lagi yang agak blur tentang kehebatan konsep kekayaan ini. Kat atas tu..adalah formula pengiraan Compound Interest..nampak ringkas je tapi inilah kuasa sebenar kekayaan.
Namun, saya tidaklah mahu mengajak anda mengira satu persatu. Cuma saya akan bagi contoh pengiraan sahaja dan anda boleh lihat sendiri sejauh mana hebatnya formula ini.
Dalam pelaburan unit amanah (unit trust), wang pelaburan para pelabur akan dikira berdasarkan formula ini (compound interest).
Mari kita lihat contoh di bawah..jommm..
Kes 1 :
Aminah seorang pelajar di UiTM, mengambil jurusan perniagaan. Akibat peka tentang pentingnya simpanan, beliau mula menabung dalam unit amanah Public Mutual. Setelah buat survey..akhirnya bertemulah dengan blog fusemoney..(hehehehe…) dan mendapat sedikit penerangan tentang konsep simpanan dan pelaburan ini. Beliau membuat tabungan permulaan sebanyak RM 1000 (duit PTPTN) dan secara konsistennya menyimpan RM 100 pada setiap bulan berikutnya selama setahun. Beliau memilih dana Public Ittikal yang memberikan pulangan purata 25% setahun. Setelah setahun, beliau terpaksa berhenti menyimpan kerana sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Namun, setelah hampir 10 tahun melupakan simpanan beliau, beliau berminat untuk menabung semula.
Simpanan permulaa: RM 1000
Simpanan konsisten setiap bulan selama setahun: RM 100 X 12 bulan = RM 1200
Jom kita tengok apa yang terjadi pada simpanan beliau.
(ini adalah jadual pengiraan supaya anda nampak bagaimana duit tersebut semakin jadi banyak)
Alangkah terkejutnya si Aminah..apabila mendapati duit PTPTN RM 2200.00 yang disimpannya 10 tahun lepas telah bertambah menjadi RM 20,489.10.
Masa tu Aminah rasa menyesal sebab tidak meneruskan tabungannya selama 10 tahun yang lalu.
Semoga dengan kajian kes ini, anda semua nampak bagaimana hebatnya konsep Compound Interest untuk menjana kekayaan. Jika anda ingin kire sendiri perkembangan pelaburan anda..anda boleh klik link ini.
Selamat mengira ye.. !
Ni ade sedikit panduan untuk anda membuat pengiraan sendiri.

P/S: Jika anda ada facebook..jangan lupa kongsi artikel ni pada kawan-kawan anda
Hanya klik pada button facebook kat sebelah je..

March 4th, 2010 on 7:48 pm
Waaahhh!!! hebat!. .
Patutlah orang kaya jadi semakin kaya. Itu baru 2200..selepas 10 tahun jadi lebih 20k. Kalau orang yang memang berduit..contohnya 100k..dalam masa 5 tahun konfem jadi jutawan.
Memang bagus la artikel ni! Sebelum ni tak tahu pun tentang ni.
[Reply]
March 4th, 2010 on 7:58 pm
Memang mantop!!! rupanya selama ni rugi simpan duit dalam bank biasa. Aku ingat..simpan duit dalam unit trust ni bila kita tinggalkan..duit akan burn. Dia tak macam insurans ek?
[Reply]
March 4th, 2010 on 9:47 pm
Hi fusemoney,
Actually I tertarik dengan cara u cerita tentang compound interest ni. Kalau I nak invest..fund apa yg patut I invest? I kat JB..nak invest through online boleh tak?
[Reply]
March 5th, 2010 on 9:19 am
Hi Junita,
Terima kasih kerana meluangkan masa di fusemoney.com. Tentang fund apa yang sesuai dengan u..first thing is you nak invest dlm bentuk cash ke atau epf? Jika cash..saya boleh cadangkan Public Ittikal dan Public Islamic Opportunity Fund. Manakala, untuk epf..public islamic dividend fund dan public islamic equity fund adalah yang terbaik. Tetapi, kita perlu mengambil kira profil pelaburan Junita terlebih dahulu samada agresif, moderate atau conservative.
Untuk makluman Junita, pelaburan unit trust tidak boleh dilakukan secara online. Agen dan bakal pelabur perlu bertemu untuk melengkapkan transaksi pelaburan. Ini kerana, ianya melibatkan sedikit proses pengisian borang dan pengambilan cap jari bakal pelabur. Pelaburan unit amanah, adalah sejenis pelaburan yang mementingkan ‘security’ wang hasil titik peluh pelabur. Maka, ianya agak sukar untuk dilakukan secara online. Bukan tidak boleh, tetapi atas dasar keselamatan dan etika ianya tidak digalakkan.
[Reply]
March 5th, 2010 on 11:30 am
Just for sharing..terjumpa masa tengah google tadi.
* Hanya 39% rakyat Malaysia menabung.
* 28% sahaja merangka bajet bulanan dan mematuhinya.
* 21% membayangkan tabungan mereka hanya mampu bertahan untuk empat minggu saja.
* 37% bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka.
[Reply]
March 5th, 2010 on 4:13 pm
trm ksh nor azlina..
so..adakah anda semua tergolong dlm 37% yg bimbangkan kedudukan kewangan mereka? fikir2kan..
[Reply]
March 10th, 2010 on 10:32 pm
camne nak mula menyimpan duit dengan public mutual? Saya student lg.
[Reply]
March 11th, 2010 on 10:17 am
Maaf lambat reply komen fatty.
Terima kasih kerana berminat untuk menabung. Minimum initial (simpanan permulaan) adalah RM 1000, kemudian simpanan berkala (cthnya sebulan sekali) adalah minimum RM 100 sahaja. Amat sesuai untuk student seperti fatty.
[Reply]
JomLabur Reply:
May 23rd, 2010 at 8:22 pm
Entri yg sangat menarik dari fusemoney…dalam pelaburan, tidak dapat dinafikan pengetahuan tentang compound interest ini adalah sangat2 penting…Tahniah kpd fusemoney…
[Reply]
fusemoney Reply:
May 24th, 2010 at 1:12 am
terima kasih JomLabur. sama2 kita manfaatkan
[Reply]
May 24th, 2010 on 1:48 pm
yeker 25% setahun?? jangan beri ilmu yang buat org ramai buta $$$$.. nanti kang, blog2 ni kantoi kena report…
[Reply]
fusemoney Reply:
May 24th, 2010 at 2:01 pm
kan tu contoh pengiraan..letak le berapa pun..
[Reply]
jebat Reply:
May 24th, 2010 at 8:37 pm
ramai org tak tahu tentang compound interest ni. erm.. ni tetiba je nak sound org kenapa? org nak kongsi ilmu guna la elok2. adoilaaa..
[Reply]