salam ceria,

Harap semua pembaca fusemoney pose-pose belaka..pastikan cukup bulan ni (bagi yang lelaki je) yang pompuan dah sah-sah takkan cukup :) .

Kali ini saya mahu ulas tentang istilah melabur atau menabur yang saya dapat semasa consult klien-klien saya semalam. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada saudara hafiz dan saudara wan nazirul yang sudi datang dan dengar penjelasan saya tentang unit amanah. Alhamdulillah, saudara hafiz telah pun mengambil langkah yang terbaik. Saya juga kagum dengan saudara wan nazirul yang berniat untuk menyimpan duit pusaka peninggalan Allahyarham bapanya. Walaupun usia masih muda tetapi sudah bijak membuat perancangan kewangan. Tidak seperti kebanyakkan orang yang hanya teruja untuk menghabiskan duit semata-mata, apatah lagi duit tersebut merupakan duit yang diperolehi dengan mudah.

Di sinilah konsep melabur dan menabur timbul..10% sahaja daripada populasi rakyat malaysia terutamanya yang berbangsa melayu mengambil langkah untuk melabur manakala 90% pula adalah yang gemar menabur duit pada tempat yang tidak sepatutnya. Menabur duit memang amat mudah. Melabur pula memerlukan komitmen dan kesabaran.

Memang benar, buat apa ada duit banyak jika tidak dibelanjakan?..tetapi tak terfikirkah anda apa akan jadi pada diri anda pada masa akan datang? masih dengan kerja yang sama kah?.. masih kuat dan gagah seperti sekarang kah?.. tidak beranak-pinak kah anda? tidakkah anda inginkan peningkatan dalam taraf hidup?

jom melabur

Jika anda sudah fikirkan perkara yang saya sebutkan..maka langkah membelanjakan duit sehingga tiada langsung backup untuk hari-hari mendatang adalah suatu bentuk pengurusan kewangan yang sangat-sangat tidak bagus.

Fikirlah sejenak sewaktu hari ini masih hari yang bertuah untuk anda..esok belum tentu.

‘ Backup is better than saving’..

Anda Juga Mungkin Ingin Tahu Tentang..