Semua orang pasti mempunyai keinginan untuk bersara kelak. Mahu tak mahu kudrat fizikal kita tidak mampu untuk terus bekerja mendapatkan duit dan mengekalkan gaya hidup semasa. Oleh itu, anda sepatutnya sudah mempunyai rancangan untuk bersara mulai sekarang. Tidak di nafikan menyimpan wang di dalam simpanan tetap di bank-bank adalah selamat tetapi mengambil kira kadar interest yang dikenakan ke atas simpanan yang anda buat adalah lebih rendah berbanding kadar inflasi semasa maka semestinya anda memerlukan kadar pulangan yang lebih tinggi untuk duit anda bekerja dengan lebih produktif.

Di sini saya ingin berkongsi empat tips untuk memastikan rancangan pelaburan untuk persaraan anda berjalan dengan lancar.
1. Berapakah duit yang anda perlukan untuk bersara?
Fikirkan gaya hidup yang anda inginkan semasa anda bersara kelak seperti :
- Di mana anda hendak tinggal?
- Samada akan mempunyai rumah sendiri atau menyewa.
- Samada anda akan berkahwin, kekal bujang ataupun akan bercerai.
- Samada anda akan atau masih mempunyai tanggungan.
- Tahap kesihatan yang anda inginkan.
2. Mampukah pelan pelaburan untuk persaraan anda mengatasi kadar inflasi?
Kenaikan harga bermaksud RM 50 hari ini akan berupaya membeli lebih sedikit barangan pada 20 tahun akan datang dari sekarang. Atau dengan kata lainnya kuasa membeli akan menjadi semakin kurang dan untuk mendapatkan kepuasan pembelian seperti sekarang anda memerlukan lebih banyak duit. Untuk mengatasi kadar inflasi semasa, pelaburan anda perlu di dedahkan kepada kadar pulangan yang lebih tinggi. Lebih tinggi daripada kadar purata inflasi iaitu 3.5% setahun.
3. Tentukan saiz pelan pelaburan persaraan yang anda mahukan.
Fakta menunjukkan rakyat malaysia akan hidup lebih lama selepas umur persaraan iaitu 20 tahun atau lebih. Fakta ini memberikan anda gambaran berapakah jumlah duit yang anda perlukan untuk menampung kehidupan anda sekurang-kurangnya 20 tahun selepas umur persaraan. Ramai yang berlapang dada setelah mendapat pengeluaran KWSP sekaligus pada tarikh persaraan. Saya kira pasti ramai yang merancang untuk memulakan perniagaan atau berseronok dengan wang tersebut tanpa memikirkan keperluan untuk tahun-tahun yang akan datang.
4. Berapa banyak anda perlu menyimpan dalam pelan pelaburan persaraan anda sebulan?
Setelah anda menentukan jumlah yang anda perlukan untuk tempoh sekurang-sekurangnya 20 tahun tersebut. Kini, anda perlu bertindak untuk mencapainya. Jika anda inginkan RM 2000 sebulan selepas anda bersara untuk selama 20 tahun bagi membolehkan anda hidup selesa. Anda memerlukan sekurang-kurangnya RM691,600 pada tarikh anda bersara. Sedarkah anda duit KWSP milik anda sendiri pun tidak mampu untuk menampung keperluan RM 2000 sebulan yang anda impikan. Untuk menentukan berapa jumlah duit yang patut anda ketepikan sebulan untuk simpanan di dalam pelan pelaburan persaraan anda sila lihat pada poket kalkulator di bawah.
Lebih awal anda mulakan pelan pelaburan persaraan anda, lebih mudah untuk anda mencapai matlamat kewangan masa depan anda!
P/S: Inginkan Laporan Lengkap Pelan Persaraan Anda? Khidmat Analisis Perancangan Kewangan Percuma!! Klik Sini

June 21st, 2009 on 11:35 pm
takut aku pk hari tua nanti..
[Reply]
July 7th, 2009 on 10:13 am
aku dh melabur..
bagus la info kt fusemoney nie..
[Reply]