Salam sejahtera semua pengunjung setia fusemoney.com,
Pertama sekali saya ingin ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua para cikgu, pensyarah, pendidik dan sesiapa sahaja yang telah mencurahkan ilmu. Sekarang saya berada di kampung, sedang bercuti sementara menunggu memulakan praktikal pada 24 haribulan nanti. Hari ni saya ada cerita yang sedikit sensasi..nak tahu apa? Tidaklah sepenting mana, cuma tercuit hati dengan segelintir gelagat manusia. Sejak berkecimpung dalam bidang ini, saya bertemu ramai orang dan telah belajar banyak perkara. Hari ini juga saya telah belajar sesuatu iaitu selidik dahulu sesuatu perkara sebelum bertindak.
Fusemoney.com telah dituduh menciplak info dari blog lain malah bukan itu sahaja, artikel di fusemoney juga dikatakan di’copy paste’ dari blog mereka. Adoi! Macamana ni? Saya sejujurnya tidak kisah jika ditanya secara berhemah. Tetapi seolah-olah menuduh dengan melulu. Saya tidak suka info dan artikel saya diciplak, begitulah juga saya tidak mengamalkan sikap menciplak idea orang! Melainkan menyalin semula info yg sudah diterbitkan di online newspaper atau mana-mana website yang sah.
Saya sebenarnya tidak terniat nak hebohkan perkara kecil seperti ini, cuma saya fikir perlu para pelabur dan pengunjung fusemoney.com maklum tentang hal ini untuk menjaga reputasi baik perkhidmatan kami :-).
Sebelum saya akhiri coretan saya kali ini. Saya tinggalkan anda dengan Nasihat dari Warren Buffet untuk renungan bersama:
- Duit tidak mencipta manusia..malah manusialah yang mencipta duit.
- Hiduplah sederhana seadanya.
- Jangan pandang jenama..pakai janji selesa.
- Lakukan apa yang orang lain kata..malah buat apa yang anda rasa betul.
- Jangan membazir duit..belanja dgn bijak dan sekiranya perlu.
- Jangan biarkan orang lain mengawal hidup anda.
- Jauhi diri dari kad kredit dan hargai diri sendiri.
Jika Anda ada facebook, jangan lupa kongsikan artikel ni kat facebook anda. Hanya klik butang fb share kat bawah jer. Terima kasih.

May 16th, 2010 on 6:00 pm
sabar la admin. org kdg2 suke judge kita tanpa usul periksa..
jgn gaduh2 ek..hehe
[Reply]
May 17th, 2010 on 12:06 pm
Terima Kasih reen
[Reply]