Kali ni saya ingin kita sama2 ambil sedikit masa dan berfikir. Bayangkan, satu hari nanti ketika anda berada di usia emas  semua wang simpanan anda habis. Licin. Sedangkan anda makin tua, kudrat pun makin hilang. Naik lima anak tangga dah termengah-mengah. Nak keluar bekerja memang mustahil. Orang lain terbang ke luar negara raikan hari bersara, sedangkan anda nak minum kat hotel pun berfikir 10 kali. Dimana nikmat hidup anda masa tu? 30 tahun berkerja tapi masih menderita di hari tua. Kadang2 kita tak dapat jangka apa akan berlaku dalam hidup kita esok..apatah lagi kita nak pastikan hari esok adalah terjamin. Mustahil ke? Tidak juga, jaminan hidup boleh dicipta..kita sebenarnya diberi peluang untuk merancang. Jadi rebutlah peluang itu.

old_couple

Ramai orang bekerja bertungkus-lumus setiap hari untuk menyimpan wang. Pelbagai perkara dalam senarai yang memerlukan wang  sedang menunggu. Contohnya? Beli rumah..dah penat menyewa. Tukar kereta baru..dah banyak duit habis kereta asyik rosak je memanjang. Nak pegi bercuti..isteri dan anak2 merungut bosan terperap kat rumah. Anak dah makin besar..ada yang baru dapat keputusan SPM kemudian nak sambung belajar kat kolej atau universiti, perlu wang tambahan lagi. Apa lagi yang biasanya ada dalam senarai  anda? Terlupa pulak, yang bujang mestila nak kawin kan? Itupun perlu wang yang banyak. Kalau takde 10 ribu zaman sekarang, jangan mimpi nak pinang anak dara orang. Yang umur dah hampir setengah abad pulak mesti dah mula risau tentang persaraan.

Dalam banyak2 keperluan, bagi saya perkara yang paling penting adalah simpanan untuk hari tua anda. Adakah cukup untuk menanggung anda pada 10 atau 20 tahun selepas bersara? Sedangkan pada masa tu harga barang mungkin sudah meningkat dua kali ganda dari harga yang anda beli pada hari ni. Siapa yang dapat anda harapkan untuk membantu pada masa tu? Anak2 mungkin sudah ada keluarga sendiri, dan mungkin juga anda lebih suka tidak menyusahkan mereka. Adakah anda dapat bayangan sedikit sebanyak tentang hari tua anda? Jadi, anda perlu lakukan sesuatu.  Bagaimana? Melaburlah sekarang, jangan tangguh sementara anda masih kuat untuk cari wang.

Melabur dalm unit trust atau unit amanah adalah paling baik. Ketahui bagaimana dengan membaca artikel2 dari kategori unit trust atau anda boleh terus hubungi kami di fusemoney.com. Kami sebagai perunding unit trust akan membantu anda. Jangan biarkan masalah wang membataskan ketenangan hari tua anda.

Anda Juga Mungkin Ingin Tahu Tentang..