Salam 1 Malaysia..

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua perkembangan salah satu dana yang paling tinggi permintaannya di Public Mutual. Kalau tidak silap saya, saya belum lagi ‘publish’ kan artikel tentang prestasi mana-mana dana Public Mutual di Fusemoney.com. Saya percaya ramai yang tertanya-tanya..bukti visual atau statistik prestasi setiap dana yang mereka laburkan.

Jom kita saksikan betapa kuat duit anda bekerja..screenshot daripada laman web publicmutual.com.my.

Cuba anda lihat, di akhir 24 feb 2010 dana ini telah mencatatkan jumlah pulangan setinggi 37.58%. Tinggi bukan! Cuba anda bandingkan dengan mana-mana unit amanah..ASB mungkin ;)

Bayangkan jika saudara laburkan RM 100,000 kedalam dana Public Ittikal di awal bulan Februari 2009 dan biarkan si fulus bekerja kuat selama setahun. Cuba kira…

RM 100,000 X 37.58% = RM 37,580 bukan???

Wow!!! Cuba bahagikan RM 37,580 dengan 12 bulan pula.

RM 37,580/ 12 = RM 3,131.67 Sebulan

Dah lebih daripada gaji sebulan…ini baru setahun..belum lagi 3, 5 atau 10 tahun. Kat sini lah ramai orang kita terlepas pandang bab simpan duit. Kita simpan duit sebab nanti senang nak ‘cucuk’ di ATM bila perlu..tapi kita tidak berfikir jauh untuk keperluan di masa akan datang. Usia semakin meningkat, kudrat semakin berkurang..penyakit juga semakin cemburu dengan anda.

Jadi, ambillah langkah segera sementara anda masih berkeupayaan untuk menabung. Jangan fikirkan untuk diri sendiri sahaja..fikirkanlah juga untuk masa depan anak-anak anda. Kini, kos pengajian masih lagi dalam kadar yang berpatutan tetapi mustahilkah 10 tahun akan datang PTPTN pun akan memilih pemohon yang betul-betul layak sahaja dek kerana kos pengajian yang terlalu tinggi. Jadi fikir-fikir kan..

P/S: Jika anda ada facebook..jangan lupa kongsi artikel ni pada kawan-kawan anda :) . Hanya klik pada button facebook kat sebelah je..

Anda Juga Mungkin Ingin Tahu Tentang..