Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual memenangi dua anugerah berprestij baru-baru ini.  Public Dana Islamic Bond menerima Anugerah Bon Islam Malaysia Terbaik bagi kategori 5 tahun di Tahun 2008 Anugerah Dana Islam Failaka serta anugerah bagi kategori Bon Islam Ringgit Malaysia di Tahun 2008 Anugerah Dana Morningstar Asia (Malaysia).

pubmlkl

Awal bulan Februari 2009, Public Dana Islamic Bond juga memenangi Tahun 2009 Anugerah Dana Malaysia TheEdge-Lipper bagi Bon Islam Ringgit Malaysia dalam kategori 5 tahun. Dengan ketiga-tiga anugerah tersebut, dana ini telah memenangi sebanyak 10 anugerah sejak dana  tersebut dilancarkan pada tahun 2001.

Public Dana Islamic Bond dilancarkan dengan matlamat untuk menyediakan pendapatan tahunan kepada para pelabur melalui pelaburan dalam Sekuriti-sekuriti Hutang Islam. Dana ini adalah sesuai bagi pelabur-pelabur yang bersifat konservatif dalam menerima risiko dan ganjaran serta inginkan kestabilan pendapatan tahunan dengan keselamatan pokok yang tertentu.

Dana ini yang menduduki tempat No.1 dan No.2 untuk pulangan lima tahun dan tiga tahun masing-masing  di dalam kategorinya, dengan menjana pulangan sebanyak 34.16% dan 14.44% masing-masing bagi tempoh berakhir 20 Mac 2009, menurut Jadual Dana The Edge-Lipper yang bertarikh 30 Mac 2009.

Public Mutual merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, mengurus sebanyak 67 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai ebih 2,000,000 pemegang akaun yang  diservis oleh seramai lebih 40,000 perunding unit amanah. Pada 28 Februari 2009, jumlah nilai  aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM23.5 bilion.

SUMBER: PUBLIC MUTUAL

Anda Juga Mungkin Ingin Tahu Tentang..