Public Mutual Pengurus Dana Islam Terkemuka 3 Tahun Berturut-turut

Tuesday, November 10, 2009 17:56
Posted in category Unit Trust

kliff_banner

Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual memenangi anugerah Pengurus Dana Islam Terkemuka untuk 3 tahun berturut-turut di majlis penyampaian Tahun 2009 Anugerah KLIFF (Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur) Kewangan Islam ke-6. Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada Ketua  Pegawai Eksekutif  Public Mutual Yeoh Kim Hong di majlis penyampaian anugerah tersebut yang diadakan pada 3 November 2009 di Hotel Nikko Kuala Lumpur.

Yeoh menyuarakan perasaan bangga bahawa Public Mutual sekali lagi mendapat pengiktirafan yang berprestij ini, anugerah ini merupakan anugerah ke-138 yang dimenangi oleh Public Mutual sejak tahun 1999. “Memenangi anugerah yang disanjung ramai ini membuktikan komitmen Public Mutual yang berterusan dalam memberi nilai yang tinggi serta memenuhi keperluan yang pelbagai untuk pemegang-pemegang unit kami,” kata dia. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada pemegang-pemegang unit atas sokongan dan keyakinan mereka yang berterusan terhadap Public Mutual.

Public Mutual merupakan pemimpin dalam sektor dana unit amanah Islam swasta di Malaysia. Pada 30 September 2009, syarikat tersebut menguruskan 24 dana Islam dengan jumlah aset Islam di bawah pengurusan syarikat sebanyak RM13.2 bilion. Ini merupakan 58.3% bahagian pasaran sektor dana unit amanah Islam swasta.

Public Mutual juga merupakan syarikat unit amanah swasta yang terbesar di Malaysia, mengurus sebanyak 71 dana. Syarikat tersebut mempunyai seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun yang diservis oleh seramai 40,000-perunding unit amanah. Pada 30 September 2009, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan oleh syarikat tersebut adalah sebanyak RM33.8 bilion.

P/S: Terbukti kan? Jadi tunggu ape lagi? Hubungi kami untuk rundingan percuma tentang dana2 yang menepati kehendak Islam. :-)

Related posts:

  1. Public Dana Islamic Bond Memenangi Anugerah Failaka dan Morningstar
  2. Master Prospektus Untuk Dana-Dana Unit Amanah Public Mutual
  3. Syarikat Unit Trust No.1* di Malaysia
  4. Public Mutual Swept 7 Awards, Including Best Overall Fund Group Award
  5. Apa Itu Unit Trust (Unit Amanah)?

You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Public Mutual Pengurus Dana Islam Terkemuka 3 Tahun Berturut-turut”

  1. jebat says:

    November 10th, 2009 at 6:27 pm

    dh lame tak update blog arieiza??

  2. wan says:

    November 14th, 2009 at 6:25 pm

    saya berminat sangat dengan pblic mutual cuma nak tau info2 banyak sikit blh??dh nak melabur nie

  3. arieiza says:

    November 16th, 2009 at 9:21 pm

    Twitter: arieiza
    jebat,
    biasala arieiza sibuk dgn final exam la jebat.
    skrg dh start cuti lega ckit leh concertrate cari duit..hehe
    ape cite pelaburan..ok?

    wan,
    maaf lewat bls pertanyaan..sibuk sedikit, baru habis exam baru2 ni. boleh kalu berminat hubungi saya terus atau emailkan no tel. nanti saya hubungi wan. terima kasih.

Leave a Reply