
Pernah dengar pepatah biar papa asal bergaya tak? Kali ni saya nak berkongsi tentang masalah suka berhutang tambah2 lagi dikalangan orang melayu kita. Gejala hutang ini biasanya terjadi apabila kemahuan mengatasi keperluan. Lupa nak mengukur baju di badan sendiri. Dan yang lebih menyedihkan lagi sampai ada yang dibunuh dan menjadi buruan ALONG akibat singkatnya akal untuk memenuhi tuntutan.
Kenapa orang suka sangat berhutang? Pasti salah satu sebabnya adalah dengan berhutang, hajat kita cepat tercapai. Berbanding dengan menyimpan yang mungkin mengambil masa bertahun2. Masa berhutang memang semuanya lembut gigi dari lidah, tetapi masa nak membayar punyalah beribu alasan. Yang tak kreatif pun tetiba jadi kreatif mecipta alasan.
Bila agaknya orang berhutang? Macam2 la..ada yang berhutang nak beli perabot, pinjaman peribadi, nak kawin tak cukup duit, kad kredit dan banyak lagi. Raya dah dekat..biasanya musim2 perayaan ni banyak syarikat berebut peluang menawarkan hutang kepada pelanggan2nya. Tanpa deposit, ansuran murah..raya sakan. Lepas raya je pening cari duit bayar hutang.
Maaf la kepada yang terasa, cuma berkongsi rasa. Dan sambil mengingatkan diri saya sendiri supaya jangan amalkan sikap suka berhutang. Menyimpan la lebih awal. Bagaimana? Hubungi kami untuk rundingan kewangan percuma. Ingat ye, ukur la baju kat badan sendiri..

July 5th, 2009 on 12:19 pm
best topic nie..sesuai sgt!
[Reply]
July 6th, 2009 on 12:06 pm
sama-sama lah kita menyimpan..tak rugi pun..pegang kata2 ni..’it is not how much you make, but how much you keep’.
[Reply]
August 5th, 2009 on 12:04 am
saya pn byk hutang. ptptn x byr lagi, loan kereta, rumah..hai pening kepala.
[Reply]
fusemoney Reply:
August 5th, 2009 at 12:11 am
saving itu penting..
jgn tunggu habis hutang baru nk start saving..
sebab hutang xkan pernah habis..
[Reply]
September 3rd, 2009 on 2:47 am
betul la…hutang takkan penah abis……
keluarga saya pun mcm tu…nak suruh invest je…mcm2 alasan…..
kadang bengang gak…dtg umah nagdu kat mak…tak de duit…nak pinjam….
tp bayar balik….macm mati hidup semula……pas tu…pura2 pengsan…jd dpt simpati….menyampah betul…..
[Reply]
September 3rd, 2009 on 3:37 am
backup is better than saving..hehehee..
[Reply]