
Kali ni saya nak berkongsi satu lagi konsep simpanan dan pelaburan dalam unit trust. Sebenarnya, saya dah pernah ‘post’ artikel berkenaan dengan ‘compound interest’ dulu tapi penerangan saya tidak menunjukkan gambaran yang agak jelas. Pada pendapat saya, jika di sertakan dengan ilustrasi anda semua akan lebih faham tentang hubung kait antara compound interest dan pentingnya memulakan pelaburan @ simpanan dengan lebih awal.
Saya amek contoh TIM dan TOM..agak mudah untuk difahami tanpa perlu penerangan yang panjang lebar. Pada gambar di atas, dua sahabat baik ni membuat pelaburan dalam instrumen pelaburan yang sama iaitu unit trust. Unit trust tersebut memberikan pulangan tahunan purata sebanyak 10 % setahun dalam bentuk compound interest.
Yang membezakan mereka berdua adalah Tim mula menyimpan pada umur 18 tahun dan berhenti menyimpan apabila mencapai umur 27 tahun. Dia simpan hanya RM 1000 setahun. Jumlah Tim menabung adalah RM 10000 sahaja tetapi jumlah simpanan beliau pada umur 65 tahun begitu mengejutkan..siapa sangka komitmen menyimpan hanya 10 tahun dengan jumlah RM 10000 sahaja akhirnya memberikan pulangan yang berlipat kali ganda..KWSP pun tak boleh ‘challenge’. Tu baru 10% setahun..di public mutual pulangan purata tahunan adalah 20%-30% setahun.
Cuba anda lihat Tom pulak, dia mula agak lewat..tetapi beliau komited menyimpan sehingga umur 65 tahun. Tapi mengapa jumlah pelaburan akhir Tom kurang berbanding Tim?..haa..inilah yang di namakan kuasa compound interest.
So, mulakan sekarang..jangan tunggu dah tua baru nak menyimpan. Sangat2 sesuai untuk yang merancang nak kawin.

April 21st, 2009 on 8:50 pm
simpan la awal2..hehe
[Reply]
April 21st, 2009 on 8:57 pm
org malaysia (melayu terutamanya) suke tangguh2 nk menyimpan..
nk tunggu duit byk dulu baru nk simpan..
[Reply]
April 23rd, 2009 on 4:07 am
erm…yg forex tuh untung x?
[Reply]
April 23rd, 2009 on 12:49 pm
untung..tp mcm jgk investment len ..
‘high risk, high return’
[Reply]
April 23rd, 2009 on 7:05 pm
aku minat forex tuh…kumpul modal lu…atleast xlame sgt invest..hehhe
[Reply]
April 24th, 2009 on 1:25 am
setahu aku wat forex ni kena ade knowledge investment and technical analysis jgk..memang bleh untung cpt kalu bijak wat analysis.
aku cuma tau ckit2 je psl forex, sbb 2 aku invest kat unit trust je..hehe
[Reply]
April 24th, 2009 on 12:13 pm
meh lan aku ajo mu macamana nak buat duit dalam forex..yuran bulanan 5 juta rupiah.hahahaha
[Reply]