Salam sejahtera semua,
Mendirikan rumah tangga dan kemudiannya menimang cahaya mata menjadi idaman setiap pasangan. Anak merupakan pelaburan jangka panjang untuk kedua ibu bapa. Daripada kecil dididik dan diberi sepenuh perhatian sehinggalah anak-anak mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Apabila menyebut soal pendidikan, ianya melibatkan kos yang paling besar dalam perkembangan seseorang anak. Enam (6) tahun di sekolah rendah, lima (5) tahun di sekolah menengah dan selebihnya tiga ke lima tahun di peringkat diploma atau ijazah. Kalau dihitung jumlah tahun pembelajaran, seseorang anak akan mengambil masa lebih kurang 16 hingga 18 tahun untuk mendapat pendidikan yang hampir sempurna. Suatu tempoh masa yang agak panjang.
Namun, proses pembelajaran sebenarnya tidak boleh diukur dengan masa. Proses pembelajaran secara sedar atau tidak telah bermula sewaktu janin lagi dan proses ini tidak akan tamat selagi nyawa masih dikandung badan.

Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak-anak kesayangan mereka menjejakkan kaki di pusat pengajian tinggi samada awam atau swasta. Ianya merupakan salah satu kebanggaan kepada para ibu bapa. Di Malaysia, kos pengajian boleh dikatakan agak berpatutan bagi universiti-universiti awam seperti UiTM, UKM, UTM dan sebagainya. Tetapi kos pengajian di universiti swasta pula agak tinggi.
Saya menggunakan pengiraan kos pendidikan berdasarkan jumlah pinjaman yang diberikan oleh pihak PTPTN. Ianya berfungsi sebagai tanda aras anggaran jumlah kos pengajian dan sara diri pelajar di Malaysia.
Peringkat diploma IPTA = RM 5000 setahun (RM 15,000 untuk 3 tahun)
Peringkat Ijazah IPTA = RM 6500 setahun (RM 19,500 untuk 3 tahun)
Peringkat diploma IPTS = RM 8000 setahun (RM 24,000 untuk 3 tahun)
Peringkat ijazah IPTS = RM 16,000 setahun (RM 48,000 untuk 3 tahun)
sila rujuk: Jadual jumlah pembiayaan pendidikan
Oleh kerana pendidikan anak-anak melibatkan kos yang agak tinggi. Kami di fusemoney.com ingin mengajak para ibu-bapa untuk membuat perancangan kewangan pendidikan untuk anak-anak menerusi kaedah pelaburan unit amanah. Anda cuma perlu isikan maklumat yang diperlukan pada ruangan borang dibawah. Kami akan memproses maklumat tersebut dan menghantar laporan pelan pendidikan anak-anak ke emel anda.
P.S : Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda. Butang fb share dan emel ada disediakn di bawah. Terima kasih.

June 1st, 2010 on 6:10 pm
Jika saya nak buat tabungan untuk 3 orang anak saya. Bagaimana caranya?
[Reply]
June 1st, 2010 on 7:42 pm
Salam Sarimah,
Caranya begini, oleh kerana umur minimum untuk membuka akaun pelaburan di Public Mutual Berhad ialah sekurang-kurangnya 18 tahun. Maka, tabung pelaburan pendidikan anak-anak perlulah diwakili oleh ibu atau bapa atau penjaga.
Sebagai contoh, seorang anak untuk satu dana. Dana Ittikal untuk anak pertama, dana PIEF untuk anak kedua dan seterusnya.Tetapi nama pemegang akaun adalah nama si ibu atau bapa atau kedua-duanya kerana anak masih dibawah umur.
Terima kasih.
[Reply]
memey Reply:
June 1st, 2010 at 10:42 pm
maksudnya kalu umur x ckup 18 xleh la ye?
[Reply]
fusemoney Reply:
June 2nd, 2010 at 12:04 am
Umur minimum untuk membuka akaun pelaburan di Public Mutual adalah 18 tahun.
[Reply]
June 5th, 2010 on 2:40 pm
cutenyer baby


[Reply]