Salam bahagia semua,

Siapa yang tak baca surat khabar hari ini pasti tidak akan tahu tentang bajet yang telah diumumkan oleh perdana menteri kita semalam. Bajet yang berjumlah RM 230 billion akan disuntik untuk menjana ekonomi Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Rancangan yang bakal berlangsung sehingga tahun 2015 adalah disifatkan sebagai satu rangsangan positif terhadap ekonomi negara dalam fasa 5 tahun sebelum mencapai wawasan 2020.

230 billion tu..bukan sikit. Bertepatan dengan analisis teknikal terhadap hala tuju KLCI yang telah kami buat beberapa hari lepas, bajet yang diumumkan semalam seolah-olah memberi momentum baru kepada pasaran saham Malaysia (KLSE) untuk pulih daripada kejatuhan kecil pada bulan Mei baru-baru ini.

Pada pandangan kami, inilah masa yang terbaik untuk anda memulakan pelaburan samada pelaburan unit amanah, pelaburan saham, hartanah dan sebagainya. Bagi yang masih baru dalam bidang pelaburan bolehlah memulakannya dalam pelaburan unit amanah. Bukan sahaja risikonya lebih rendah tapi memberikan pulangan lebih tinggi untuk jangka masa panjang berbanding melabur terus dalam pasaran saham.

Pelabur yang bijak akan selalu mencari peluang dan tidak akan ketinggalan peluang yang terbaik.

” Do not ever miss the boat”

P.S : Jika anda ada facebook. Jangan lupa kongsikan artikel ini bersama kawan-kawan anda. Hanya klik button fbshare dibawah sahaja. Terima kasih.

Anda Juga Mungkin Ingin Tahu Tentang..