Syarikat Unit Trust No.1* di Malaysia

Thursday, April 23, 2009 16:30
Posted in category Unit Trust

publicmutuallogo

Public Mutual Berhad kini merupakan syarikat unit amanah swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia pada masa ini; menguruskan dana-dana bernilai RM20.6 bilion (Sumber: The Edge-Lipper, 18 Jun 2007) dengan jumlah melebihi 1,000,000 pemegang akaun di seluruh negara. Ia hanya berada di tempat kedua di belakang Permodalan Nasional Berhad (PNB), jika syarikat unit amanah tajaan-kerajaan itu diambilkira.

Public Mutual Berhad telah diperbadankan pada 21 Julai 1975 merupakan perintis di dalam industri unit amanah dan telah melancarkan dana sulungnya, Public Saving Fund di dalam bulan Mac 1981. Sejak daripada itu, Public Mutual telah mempunyai pengalaman melebihi 26 tahun di dalam pengurusan unit amanah dan kini menguruskan empat puluh lima (45) dana dari pelbagai sektor di mana sebelas (11) daripadanya adalah dana Islam.

Sebagai subsidiari kepada Kumpulan Public Bank, Public Mutual mewarisi budaya korporat berorientasi kecemerlangan Kumpulan Induknya serta integriti kewangan berpiawaian tinggi di dalam pengurusan dana unit amanahnya. Sehingga kini Public Mutual telah dinobatkan sebagai pemenang sebanyak 100 anugerah prestasi dana dari tahun 1999 dan kekal sebagai pengurus dana unit amanah yang menerima paling banyak anugerah prestasi dana di Malaysia.

Jadi, kalau anda ingin melabur dalam unit trust Public Mutual adalah pengurus dana pelaburan yang terbaik. Melaburlah dengan Public Mutual :-)

Related posts:

  1. Public Dana Islamic Bond Memenangi Anugerah Failaka dan Morningstar
  2. Apa Itu Unit Trust (Unit Amanah)?
  3. Public Mutual Pengurus Dana Islam Terkemuka 3 Tahun Berturut-turut
  4. Kenapa Perlu Takut dengan Unit Trust?
  5. Urusan Pendaftaran dan Persediaan Sebelum Menduduki Computerized Unit Trust Consultant Exam (CUTE)

You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Syarikat Unit Trust No.1* di Malaysia”

  1. Lan says:

    April 23rd, 2009 at 7:06 pm

    good…penah dgr dh yg ni..

  2. jebat says:

    April 24th, 2009 at 1:34 am

    yg lain memang xdpt challenge public mutual.. :-)

  3. Lan says:

    April 25th, 2009 at 3:17 am

    ade lg…blambak…just explore..heheh

  4. jebat says:

    April 30th, 2009 at 11:44 pm

    ape lg yg ok? lan ko ni investor jgk ke?

  5. Lan says:

    May 1st, 2009 at 8:27 am

    admin..penah dgr x yg pnb personal loan tuh??
    aku nk wat yg tuh la…40k..wat 20thn n bayar dlm 150 sbulan…tiap2 tahun dividen masuk ok gak…lepas 20thn otomatik dh jd hak kite modal tuh..ke gane?

  6. jutawan diam says:

    May 2nd, 2009 at 11:18 am

    Twitter: akls73
    PNB personal loan tu dalam matawang rupee la..

  7. hafiz says:

    August 6th, 2009 at 3:25 pm

    salam….nak tanye apakah jenis pelaburan terbaik untuk saya sbagai seorang pelajar universiti ???? dan apabila saya bekerja kelak??? mcmne saya nak melabur dalam Public Mutual ni??bile tempoh yang sesuai utk saya dptkan keuntungan saya??saya perlukan penjelasan yg lebih jelas..thanx

  8. jutawan diam says:

    August 7th, 2009 at 1:37 am

    Twitter: akls73
    salam en. hafiz,

    Sebagai seorang pelajar sy amat syorkan saudara utk memulakan tabungan bersama Unit Amanah Public Mutual. Di Public Mutual, saudara boleh memulakan tabungan unit amanah dengan simpanan permulaan sebanyak RM 1000 dan boleh membuat tabungan ulangan bulanan minima RM 100 sahaja. Saya amat syorkan saudara membuat tabungan dalam dana-dana yang menawarkan pulangan keuntungan jangka panjang yg tinggi pada kadar 20% hingga 30% setahun.

    Dalam konsep pelaburan unit amanah, lebih awal saudara mulakan maka lebih besar keuntungan terkumpul untuk jangka panjang.

    Untuk lebih maklumat yang mendalam, sila layari artikel2 di dalam kategori UNIT TRUST.

    terima kasih.

Leave a Reply