Tentukan Hala Tuju Hidup Sewaktu Muda
Friday, January 15, 2010 17:35
Salam muhibbah..
Usia muda memang sangat indah..waktu remaja datang hanya sekali, jadi ramai la yang jadikannya satu alasan untuk hidup enjoy. Namun sejauh mana anda boleh enjoy jika duit takde? Dimana nikmatnya hidup andai bangun pagi anda seakan takut duit simpanan di bank semakin menyusut atau kosong!
Saya lebih suka menyentuh isu ini untuk dikaitkan dengan siswa siswi universiti sekarang. Golongan yang sangat simple hidupnya. Bangun pagi hadiri kuliah, buat tugasan..akhir semester exam dan begitulah seterusya hingga memiliki segulung ijazah. Terlalu simple hingga tak sedar tup2 umur dah 25 tahun. Lagi 5 tahun dah 30 tahun, sedangkan simpanan pun takde. Jangan la pulak bermimpi nak kawin bagi yang lelaki. Bagi perempuan jangan sedap hati..impaknya tetap sama.
Ada sesetengah orang, semasa di universiti dia sudah mula mengorat langkah untuk melakukan sesuatu yang orang lain tak buat seperti memulakan perniagaan sendiri, menjual barang atau perniagaan internet..tak kisahlah jika hanya perniagaan kecil sekalipun. Ada juga yang hanya menumpang atau sekadar menjadi customer.
Ini adalah sebilangan kecil daripada kita yang tahu untuk menghargai masa muda dan cuba buat sesuatu untuk kita boleh gunakan sebagai asas kerjaya kita di masa depan. Cuba kita bayangkan, seperti contoh, kita bermula seawal usia 21 untuk berniaga pasti pada usia 23 tahun setidak2nya, kita sudah mempuyai asas dan hala tuju apa yang akan dibuat selepas ini. Anda sudah berada di depan sedangkan orang lain baru nak mula.
Mentaliti kebanyakan siswa dan siswi pada hari ini, mereka lebih kepada keinginan untuk mencari pekerjaan. Kalau yang dapat awal, tidak mengapalah. Kalau tidak dapat? Apa nak buat? Tambah lagi tempoh masa bertahun menyusahkan mak ayah? Apa kata, kita sudah ada asas jika dulu hanya dilakukan separuh masa, teruskan melakukannya dengan kapasiti sebagai seorang full time businessman . No doubt you can be the next Donald Trump! Who knows?
Irfan Khairi (Jutawan Internet) menetapkan matlamat untuk berjaya dan menjadi jutawan pada umur 18 tahun, dan berusaha keras untuk mencapai matlamat itu. Capai matlamat semasa beliau berumur 25 tahun.
Arnold Susahnakeja (Terminator), menjadi Mr. Olympia pada umur 22 tahun. Cita-citanya tercapai. Agaknya bila beliau menetapkan matlamat? Pada umur 16 tahun!
Colenel Saunders (KFC) mencapai cita-citanya pada umur 72 tahun! Agaknya bila beliau menetapkan matlamat? Pada umur 65 tahun!
Paksa diri anda untuk tetapkan matlamat hari ini dan mula mengejar matlamat tersebut. Sekiranya anda tunggu lagi, maka makin lewatlah anda akan mencapai kejayaan. Kita percaya setiap orang ada rezeki masing2..tapi perlu diingat rezeki tak kan datang bergolek. Jadi tentukan hala tuju hidup anda sementara belum terlambat!
P/S: Jika anda ada facebook..jangan lupa kongsi artikel ni pada kawan-kawan anda yer..
. Hanya klik pada button facebook kat sebelah je.. Thanks!
Related posts:







akls says:
January 15th, 2010 at 6:19 pm
Twitter: akls73
Hebat artikel ni..
Mmm..impian sy, nk jd jutawan sebelum atau pada umur 30 tahun. Saya telah menyimpan impian ni sejak umur 17 tahun lg..tapi masih belum tercapai. Terlalu byk dugaan dan kesusahan sy terpaksa lalui. Sampai suatu tahap sy hampir ptus asa dan fikir tuhan tidak menyebelahi sy.
Adakah sy ditakdirkan untuk menjadi jutawan sebelum atau pada umur 30 tahun?
* sy takkan berputus asa..
arieiza says:
January 15th, 2010 at 6:28 pm
Twitter: arieiza
InsyaALLAH..
mungkin belum masanya..never give up!
Jamiah says:
January 15th, 2010 at 6:58 pm
Hi admin fusemoney,
Duit banyak kalau hidup tak bahagia..tak ade zuriat..hati dan perasaan sentiasa tersepit.. buat apa..
Akak dah laluinya, kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan. Bagi akak, duit yg banyak hanya membahagiakan luaran sahaja. Tidak pada hati. Akak boleh dikatakan orang yang agak senang tetapi malang nasib akak kerana tidak berupaya untuk mendapat kebahagiaan tulen seorang ibu dan isteri.
iberwang says:
January 15th, 2010 at 10:05 pm
Twitter: iberwang
Setuju dgn jamiah… wang bukan segala-galanya. Walaupun kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan, tetapi kekayaan itu perlu untuk hidup lebih bahagia. Kita perlu berusaha mencari kebahagiaan, kerana kita yang mentafsirkan erti kebahagiaan itu. Diharap Jamiah tidak ‘give-up’ berusaha, berdoa dan tawakal untuk mendapatkan zuriat… kerana kuasa Tuhan untuk mengurniakan zuriat.
arieiza says:
January 16th, 2010 at 7:25 pm
Twitter: arieiza
biasa la kak jamiah..hidup ni byk dugaannya. ada yang diduga dgn kemiskinan, ada juga dgn hal2 lain. yg penting bagaimana kita bersyukur dgn nikmatNya. hrp bersabar hadapi hari2 mendatang..
Bigfish says:
January 20th, 2010 at 12:48 am
Salam semua,
saya dah tetapkan untuk matlamat menjadi seorang jutawan pada tahun 2012 pada tiga tahun lepas. sedang berusaha bersungguh-sungguh dan insyalalah saya yakin mencapainya jika menurut plan yang betul.
otak-otak says:
February 2nd, 2010 at 8:49 pm
saya nak melabur..tapi tak ada duit? macamana agaknya tu?
arieiza says:
February 4th, 2010 at 1:48 am
Twitter: arieiza
Bigfish: semoga tercapai impian anda…
otak-otak: kalau xde duit xleh nk tlg la..sekurang2nya setiap daripada kita mempunyai simpanan tetap utk kecemasan. saya tidak galakkan keluarkan smua duit simpanan semata2 hendak melabur. bertindak bijak dlm menguruskan kewangan anda.