Ramai orang silap faham tentang Skim Pengeluaran KWSP dengan aggapan bahawa mengeluarkan sebahagian duit simpanan KWSP bagi tujuan pelaburan adalah untuk diperamkan selama mungkin di dalam dana-dana unit amanah. Itu agak kurang tepat walaupun ianya tidak salah, matlamat sebenar pelaburan melalui skim pengeluaran KWSP adalah untuk memaksimumkan simpanan KWSP anda.
Kali ini saya ingin kongsikan sedikit tips kepada para pelabur yang menggunakan simpanan KWSP untuk melabur di dalam unit amanah Public Mutual.
Tips ini bertujuan untuk mempercepatkan dan memaksimumkan simpanan KWSP anda 3-4 kali ganda daripada biasa. Cara nya begini..
1. Pertama sekali, semestinya anda perlu buat pelaburan dalam dana-dana yang diluluskan oleh pihak KWSP seperti PIDF (Public Islamic Dividend Fund) atau PIEF (Public Islamic Equity Fund). Untuk sertai kaedah pelaburan melalui skim KWSP, anda boleh sertai sistem pelaburan jarak jauh dengan skim KWSP di fusemoney.com. Klik di sini.
2. Maksimumkan pengeluaran bagi jumlah yang boleh dilaburkan. Sebagai contoh, jika jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah RM 2500. Maka, keluarkan jumlah tersebut.
3. Buat pelaburan berkala pada setiap tiga (3) bulan. Maka dalam setahun anda akan membuat empat (4) kali pengeluaran KWSP bagi jumlah yang dibenarkan.
4. Anda perlu peka pada perubahan harga se-unit dana yang telah anda laburkan. Anda juga perlu peka tarikh tahun kewangan berakhir sesuatu dana tempat di mana wang KWSP anda berada (dividen akan diumumkan pada setiap tahun kewangan dana berakhir).
5. Sila minta agen atau konsultan anda semak nilai semasa pelaburan anda menerusi sistem CAMS. Kami di fusemoney.com akan menghantar laporan nilai semasa pelaburan kepada para pelabur kami melalui emel.
6. Jika nilai semasa pelaburan anda lebih tinggi daripada nilai sewaktu pelaburan dibuat, anda boleh membuat jualan balik pelaburan tersebut. Di fusemoney.com, kami telah memudahkan para pelabur dengan membolehkan pelabur mengisi borang jualan balik secara online.
7. Proses jualan balik hanya berlaku di antara Public Mutual Berhad dan pihak KWSP sahaja. Setelah jualan balik pelaburan selesai, wang pelaburan anda (beserta keuntungan) akan dipindahkan ke akaun 1 anda di KWSP. Tiada cash atau cek yang akan anda perolehi.
8. Semak baki akaun 1 anda.
9. Anda hanya boleh buat pelaburan baru selepas 3 bulan transaksi terakhir dibuat.
10. Ulangi tips ini pada setiap tahun. InsyaAllah, jumlah tabungan KWSP anda akan bertambah dengan lebih cepat (accelerated) berbanding biasa.
Untuk berjaya dalam tips di atas, anda perlulah mempunyai hubungan yang baik dan berterusan dengan konsultan anda. Masalah yang biasa timbul adalah, anda sendiri tidak tahu siapa konsultan anda (kes melabur melalui kawan atas kawan). Anda juga perlu pastikan konsultan anda sentiasa berada dalam kariernya kerana terdapat sesetengah konsultan hanya menjalankan tugas separuh jalan sahaja.
Kepada yang belum mengambil kesempatan menggunakan peluang pengeluaran KWSP untuk pelaburan di dalam unit amanah, sewajarnya mengambil langkah segera sebelum pihak KWSP mengubah polisi mereka. Sistem Pelaburan Jarak Jauh Dengan Skim Pengeluaran KWSP di fusemoney.com sentiasa terbuka kepada pencarum-pencarum KWSP tidak kira dimana anda berada.
P.S : Jika anda ada facebook, apa kata kongsikan artikel ini bersama kawan-kawan anda. Hanya dengan klik button fbshare kat bawah jer. Terima kasih.

May 19th, 2010 on 4:21 am
Tips yang bagus. Sebab selama ini, pelabur KWSP seperti saya tidak pernah diberitahu tentang ini. Terima kasih.
[Reply]
fusemoney Reply:
May 20th, 2010 at 12:54 am
Sama-sama kita praktikan..
[Reply]
May 19th, 2010 on 11:41 pm
mohon penjelasan lanjut kerana konsultan saya advise agar pelaburan tu di simpan jea (compound interest)dan maintain prinsip DCA untuk tambahan pelaburan.
[Reply]
fusemoney Reply:
May 20th, 2010 at 12:52 am
Jika untuk tunai, sebaik-baiknya pelaburan diperamkan selama mungkin dan gunakan strategi DCA (dollar cost averaging) atau RCA (ringgit cost averaging). Untuk pelaburan dgn skim pengeluaran KWSP, adalah lebih baik jika terdapat keuntungan daripada pelaburan dimasukkan kembali ke dalam akaun 1 KWSP. Matlamat utama adalah untuk memaksimumkan simpanan KWSP.
[Reply]
May 20th, 2010 on 3:21 pm
Konsultan saya dah lari entah kemana. Buat kerja separuh jalan. macamana yer nak settle masalah saya ni? Tolong saya.
[Reply]
May 20th, 2010 on 3:31 pm
Saya bersimpati dengan masalah zarina..
Pertama sekali, cuba pastikan konsultan tersebut masih lagi berkhidmat atau telah pun berhenti. Buat semakan di mana-mana cawangan Public Mutual terdekat dengan mengemukakan kod agen beliau.
Bagaimana nak dapatkan kod agen beliau?
Jika zarina pernah membuat pelaburan, kod agen terdapat pada salinan borang permohonan pelaburan yang telah zarina buat.
Jika, rekod beliau masih lagi aktif sebagai agen unit amanah di Public Mutual dan apabila dihubungi tetap juga gagal. Jalan terakhir adalah membuat laporan ke FIMM (Federation of Investment Manager Malaysia) secara online atau buat panggilan aduan.
http://fmutm.com.my
Terima kasih.
[Reply]
May 20th, 2010 on 3:53 pm
cara paling senang, zarina jual je semula. tukar konsultan..
[Reply]
May 22nd, 2010 on 12:59 pm
hehehee..tukar ke fusemoney ke?
[Reply]
June 23rd, 2010 on 4:40 pm
saya tak brp setuju dgan kaedah jualan balik dan selepas itu masuk balik dlm PM. Kerana pada pendapat saya duit yg sama akan dikenakan caj belian yang berulang2.
[Reply]
fusemoney Reply:
June 23rd, 2010 at 11:55 pm
Kat sini lah strategi pelabur itu sendiri sgt penting. Objektif utama adalah untuk maksimumkan simpanan KWSP melalui keuntungan daripada pelaburan dalam unit amanah.
[Reply]