salam semua,
Artikel kali ini asalnya adalah jawapan saya untuk salah satu komen pengunjung. Memandangkan mungkin anda tidak menjumpainya secara langsung, maka saya jadikan ia sebagai artikel. Jika anda ada tips tersendiri, jangan segan-segan kongsikannya di ruangan komen kat bawah yer..
Saya senaraikan apa yang diperlukan oleh seorang UTC sebelum dan semasa berhadapan dengan pelanggan.
1. Tools pertama adalah ilmu ttg pelaburan unit amanah. Termasuk lah asas unit amanah, sistem pelaburan unit amanah, prosedur pelaburan dan sebagainya. Boleh belajar dlm kursus yg disediakan.
2. Pastikan anda sudah masak dengan dana-dana yang akan anda promote. Semua maklumat ttg dana ada dalam Master Prospektus. Cuma anda perlu bijak ekstrak info2 tersebut dan present pd bakal pelabur dgn cara yang paling simple.
3. Plan presentation anda dgn teratur. Apa yg perlu diterangkan terlebih dahulu dan apa yang perlu dikemudiankan.
4. Anda wajib bawa kalkulator atau sebarang sofware seperti kalkulator pengiraan pelaburan bulanan dlm format microsoft excel. Anda boleh download di ruangan download fusemoney.
5.Sediakan kertas A4 untuk anda conteng2 semasa presentation. Elakkan membuat penerangan dlm bentuk lisan sahaja. Lukiskan dan tunjukkan secara visual kpd bakal pelabur.
6. Tanyakan kehendak pelabur, rancangan masa depan beliau, impian, bilangan anak dan sebagainya.
7. Jangan lupa sediakan 1 atau 2 ball pen berdakwat hitam yang berfungsi dengan baik.
8. Pastikan juga anda mempunyai ‘Thumb Print Pad’ untuk tujuan cap jari bagi permohonan melalui KWSP. Anda perlu buat latihan terlebih dahulu ttg cara terbaik untuk mendapat cap jari yang berkualiti.
9. Jika bakal pelabur tiada salinan IC, jangan berat punggung untuk fotostatkan bagi pihak pelabur.
10. Anda perlu isikan borang-borang permohonan pelaburan bagi pihak pelabur.
11. Jangan lupa untuk berikan pelabur beberapa keping risalah (brochure) unit amanah yang mempunyai nama dan no. tel anda.
12. Berikan juga business card anda kepada pelabur.
13. Untuk pelaburan tunai, elakkan mengambil wang tunai drpd pelabur. Aturkan temujanji berdekatan dgn mana-mana cawangan PUBLIC BANK. Bagi pelaburan KWSP pula, bagitau pelabur bila anda akan submit permohonan beliau ke PUBLIC MUTUAL.
14. Sediakan tisu untuk pelabur lap kesan dakwat hitam pada ibu jari.
15. Last sekali, jangan lupa ucapkan terima kasih dan minta pelabur untuk rekomenkan kenalan beliau kepada anda (refferal).
Rasanya, 15 perkara di atas sudah cukup untuk membantu azrina berhadapan dengan client. Untuk berjaya dalam bidang ini, azrina perlu kembangkan kumpulan azrina. Azrina perlu merekrut konsultan-konsultan baru yang berkualiti dan komited dgn kerjaya ini.
Terima kasih.
P.S : Dah habis baca yer?..jangan lupa share artikel ni kat kawan-kawan kat facebook anda. Sian diorang tak dapat baca sekali. Button share ada kat bawah.

Komen Terkini