Ibarat seperti menunggang motosikal, tidak semua orang pandai menunggang motosikal dan begitu juga bukan semua orang pandai memandu kereta. Perumpamaan ini amat mudah untuk diaplikasikan dengan sistem pelaburan unit amanah. Telah saya huraikan di dalam artikel2 yang lalu, bahawa pelaburan berkonsepkan unit amanah adalah sebuah bentuk ‘investment vehicle’ yang paling ampuh untuk mencipta kekayaan dengan risiko yang amat minima.

Seperti juga kereta, ingin memilikinya adalah berdasarkan kemampuan masing-masing. Orang yang berpendapatan tinggi sudah pasti mampu memiliki kenderaan yang lebih mewah berbanding orang yang berpendapatan kecil. Tetapi, dalam unit amanah sesiapa sahaja mampu untuk membeli ‘investment vehicle’ ini. Tiada perbezaan dan tingkat pendapatan untuk menentukan layak atau tidak.

unit amanh untuk semua

Sebagai seorang pelabur matawang sepenuh masa, saya juga terlibat dalam aktiviti mengajar kaedah pelaburan di dalam instrumen matawang atau yang lebih dikenali sebagai FOREX. Daripada pengamatan sebagai seorang pengajar dan pelabur, saya dapati tidak semua orang mampu untuk mengawal pelaburan dengan usaha sendiri. Antara sebabnya adalah faktor kekurangan masa untuk belajar selok belok pelaburan dan kegagalan untuk menguasai ilmu pelaburan yang sebenar.

Kesimpulannya, anda mungkin mempertaruhkan risiko yang teramat besar ke atas wang anda jika anda menguruskan pelaburan dengan ilmu dan kemahiran yang tidak mencukupi. Lebih baik anda serahkan pada yang pakar iaitu pengurus-pengurus dana profesional unit amanah untuk menguruskan pelaburan anda demi matlamat kewangan yang diidam-idamkan.

Hubungi kami untuk rundingan dan nasihat percuma berkenaan unit amanah atau unit trust

Anda Juga Mungkin Ingin Tahu Tentang..