Unit Amanah Tajaan Kerajaan dan Unit Amanah Swasta

Friday, May 22, 2009 20:50
Posted in category Unit Trust

Ada orang bertanya kepada saya tentang beza dan kelebihan unit amanah tajaan kerajaan, ASB (amanah saham bumiputera) berbanding dengan amanah saham swasta contohnya Public Mutual. Di sini saya hanya akan ringkaskan penerangan tentang perbezaan dan kelebihan masing2. Bukan niat saya untuk merendah-rendahkan mana-mana dana pelaburan. Hanya sekadar untuk memberi gambaran ilmiah kepada para pelabur.

1. ASB adalah dana milik penuh kerajaan untuk etnik bumiputera sahaja di Malaysia. Manakala unit amanah swasta adalah di bawah pengurusan syarikat swasta terutamanya bank-bank terkemuka yang dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

2. Nilai aset bersih (NAV) seunit bagi ASB adalah sentiasa pada kadar yang tetap iaitu RM 1 untuk satu unit. Manakala nilai aset bersih (NAV) seunit amanah saham swasta adalah tidak tetap (volatile) yang membenarkan para pelabur mendapat bilangan pegangan unit yang lebih banyak dengan harga belian se-unit dana yang lebih rendah.

3. Principal atau wang pelaburan tidak terdedah kepada naik turun harga se-unit dana, maka wang pelaburan para pelabur adalah di jamin selamat di dalam pelaburan ASB. Begitu juga untuk pelaburan unit amanah tajaan swasta, principal adalah di jamin selamat dengan syarat para pelabur tidak membuat jualan panik apabila harga se-unit dana mulai menurun.

asb vs public mutual

4. Para pelabur mempunyai akses segera terhadap akaun pelaburan mereka seumpama akaun simpanan di bank-bank. Cuma bezanya tiada kemudahan kad ATM. ASB menawarkan konsep pengeluaran (jualan balik) segera kepada para pelabur (tunai). Manakala, bagi unit amanah swasta mengambil masa 10 hari berkerja untuk proses pembayaran dari tarikh jualan balik dana (dibayar dalam bentuk cek).

5. ASB hanya menawarkan satu bentuk pulangan iaitu dividen atau income distribution. Tiada pulangan dalam bentuk capital gain kerana tidak terdapat naik turun pada harga se-unit dana. Manakala, unit amanah swasta menawarkan 2 bentuk pulangan iaitu capital gain dan income distribution. Para pelabur boleh menjual balik pelaburan mereka pada harga se-unit dana yang lebih tinggi berbanding harga belian. Seumpama untung runcit. Dividen akan diisytiharkan apabila berakhir tahun kewangan untuk dana tersebut.

6. Kedua-kedua model unit amanah ini adalah mengaplikasikan konsep compound interest.

7. ASB terdedah kepada pelaburan yang diklasifikasikan menjalankan aktiviti perniagaan yang tidak menepati syariah. Manakala, unit amanah swasta mempunyai dana-dana pelaburan islam yang menepati kehendak syariah.

8. Kos pembelian unit amanah tajaan kerajaan adalah lebih rendah berbanding kos pembelian unit amanah swasta.

9. Tiada istilah klasifikasi pelabur dalam unit amanah tajaan kerajaan seperti agressive, moderate atau sebagainya kerana pelaburan dalam unit amanah tajaan kerajaan adalah untuk melindungi principal para pelabur. Sebaliknya, untuk unit amanah swasta para pelabur akan diklasifikasikan sebagai pelabur agressive, moderate dan sebagainya berdasarkan profil risiko yang mereka pilih. Lebih tinggi risiko maka lebih tinggi pulangan. Risiko yang dimaksudkan di sini bukan risiko kehilangan principal tetapi risiko terdedah kepada naik turun pasaran semasa.

10. Matlamat pelaburan dalam istrumen unit amanah adalah untuk memiliki sebanyak mungkin unit dalam mana-mana dana yang dilaburkan. Maka, terdapat beberapa strategi yang membenarkan pemilikan unit yang lebih banyak ditawarkan oleh unit amanah swasta sebagai contoh unit split (pecahan unit), Dollar Cost Averaging (DCA), fund switching dan sebagainya. Sebaliknya, strategi ini tidak ditawarkan dalam unit amanah tajaan kerajaan (ASB).


Begitulah 10 kelebihan dan perbezaan yang dapat saya huraikan untuk post kali ini. Jika ada tambahan, jangan segan-segan bagi komen kat bawah yer..



Related posts:

  1. Unit Amanah Pelaburan Untuk Semua
  2. Syarikat Unit Trust No.1* di Malaysia
  3. Unit Amanah Untuk Pelajar
  4. Master Prospektus Untuk Dana-Dana Unit Amanah Public Mutual
  5. Pelaburan Unit Trust Bukan Hanya Untuk Individu

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Unit Amanah Tajaan Kerajaan dan Unit Amanah Swasta”

  1. 1001cures says:

    July 13th, 2009 at 11:06 pm

    tidak rugi melabur dlm unit amanh swasta, kita lebih bebas menggandakan simpanan kita berbanding unit amanah kerajaan.

Leave a Reply