Unit Amanah Untuk Pelajar

Friday, July 10, 2009 1:35
Posted in category Unit Trust

salam,

Tahukah anda bahawa pelaburan dalam unit amanah tidak terhad untuk golongan yang berkerjaya sahaja?..Pelaburan dalam unit amanah terbuka untuk sesiapa sahaja termasuklah golongan pelajar.

Daripada pemerhatian saya, tempoh awal sewaktu bergelar pelajar inilah yang paling sesuai untuk melabur di dalam instrumen unit amanah. Sudah saya tekankan di awal-awal artikel saya dahulu..dalam unit amanah siapa yang mula awal dia yang dapat untung berlipat kali ganda walaupun pada kadar simpanan atau pelaburan yang kecil.

student and money

Maka, sudah bertepatan dengan golongan pelajar yang majoritinya umur masih muda dan tiada bebanan kewangan. Dengan bantuan pinjaman pelajaran seperti PTPTN, MARA dan sebagainya anda sebagai pelajar sudah cukup mewah untuk mengharungi alam pendidikan. Tetapi apa yang malangnya duit pinjaman yang di khaskan untuk perbelanjaan pengajian di salahgunakan dengan berbelanja untuk sesuatu yang tidak mendatangkan faedah bagi jangka masa panjang. Daripada tinjauan saya, ramai pelajar sudah kehabisan duit pinjaman pendidikan sebelum sempat berakhirnya semester pengajian. Amat mengejutkan.

Sebahagian besar duit digunakan untuk membeli gajet-gajet seperti telefon bimbit yang mahal dan tidak kurang juga yang berfoya-foya.

Pada pendapat saya, sebagai pelajar yang bijak dan terpelajar pengurusan duit sudah tidak perlu diajarkan kepada anda. Apa kata, RM 1000 anda ketepikan untuk simpanan dan pelaburan dalam unit amanah dan selebihnya anda boleh gunakan untuk keperluan peribadi anda. Sebagai contoh, setiap semester anda mendapat RM 3750 daripada PTPTN..ketepikan RM 1000 untuk simpanan dan pelaburan dalam unit amanah. Di akhir semester ke-enam anda sudah menyimpan dan melaburkan sebanyak RM 6000 dalam tempoh tiga tahun. Pada waktu itu anda boleh keluarkan pelaburan anda itu untuk digunakan sebagai modal perniagaan atau perbelanjaan sewaktu mencari pekerjaan.

Anda juga boleh membuat simpanan berkala setiap bulan minimum RM 100 sahaja jika anda fikir sukar untuk mengeluarkan RM 1000 untuk setiap semester. Yang penting simpanan permulaan ke dalam pelaburan unit amanah adalah RM 1000.

Sangat mudah dan tidak membebankan. Tidak perlu menunggu anda mendapat kerja untuk memulakan pelaburan hebat ini.

Sila rujuk artikel tentang TIM dan TOM di sini.

Related posts:

  1. Unit Amanah Pelaburan Untuk Semua
  2. Unit Amanah Tajaan Kerajaan dan Unit Amanah Swasta
  3. Master Prospektus Untuk Dana-Dana Unit Amanah Public Mutual
  4. Pelaburan Unit Trust Bukan Hanya Untuk Individu
  5. Pelaburan Untuk Hari Tua

You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Unit Amanah Untuk Pelajar”

  1. norin says:

    July 10th, 2009 at 2:39 am

    betul sekali tu..adik aku tengah sem dah kering..siap berhutang ngan aku lagi.

  2. yahoo says:

    July 10th, 2009 at 2:40 am

    Twitter: akls73
    bagus gak idea ni.

  3. jali_jali says:

    July 10th, 2009 at 2:45 am

    Twitter: akls73
    kalau aku tahu gini..awl2 lagi aku dah laburkan duit loan aku tu.

Leave a Reply