Salam ceria semua,

Berita gembira untuk pengguna KTM Komuter Berhad khususnya kepada kaum hawa yang selalu menggunakan perkhidmatan komuter untuk aktiviti seharian. KTM komuter akan memulakan operasi KOC KHAS wanita bermula esok (28 April 2010).

Ini ada sedikit petikan daripada artikel yang saya ambil dari laman web KTM…

27 April 2010 – Bertindak atas keperluan semasa, KTM Komuter mengambil inisiatif memperkenalkan koc wanita yang pertama di Negara ini yang memulakan operasi untuk laluan Sentul – Pelabuhan Klang, sepanjang hari bermula hari ini. Pelaksanaan Koc Wanita ini berpandukan statistik yang menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan KTM Komuter adalah terdiri daripada kaum wanita….”

Nak baca artikel sepenuhnya boleh terus ke laman web KTM melalui link ini

Tersenyum lebar lah adik kakak yang menggunakan komuter untuk ke tempat kerja setiap hari. Tak perlu lagi nak bersempit-sempit dengan mat-mat Bangla dan Negro kan? Tak perlu lagi nak menahan lubang hidung menghidu bau-bau ketiak. Semoga koc khas untuk wanita ini akan mengurangkan kes-kes gangguan seksual yang sentiasa berlaku di dalam komuter.

Akhir sekali..Selamat Menaiki Komuter..

P.S : Tentu kawan-kawan anda juga ada yang menggunakan komuter kan? Jadi apa salahnya kalau kongsikan berita gembira ini pada kawan-kawan anda juga. Hanya klik button fb share kat sebelah jer..

Anda Juga Mungkin Ingin Tahu Tentang..