Wanita,Wang dan Shopping?
Wednesday, December 23, 2009 13:59
Salam hormat,
Sedang mencari bahan untuk artikel di fusemoney.com, secara tiba2 saya teringat kata2 seorang pensyarah semasa saya sedang menuntut di UiTM Dungun suatu ketika dahulu. Katanya, kenapa orang perempuan lebih berjaya dalam pelajaran berbanding lelaki?. Memang tidak dapat dipertikaikan lagi kini golongan wanita memonopoli hampir kesemua bidang. Apa yang paling mengejutkan peratusan wanita di pusat2 pengajian tinggi juga lebih besar berbanding lelaki.
Pensyarah itu memberitahu, golongan wanita adalah golongan yang menyimpan. Sejak zaman batu lagi, wanita gemar mengumpulkan sesuatu yang dibawa pulang oleh si suami. Jika suami membawa pulang hasil buruan maka itulah yang disimpan untuk kegunaan pada waktu terdesak (walaupun xde peti sejuk). Jadi secara kesimpulannya, wanita dicipta untuk menyimpan dan mengumpul manakala golongan lelaki adalah golongan yang mencari.
Kenapa wanita lebih banyak duit berbanding lelaki? ianya sudah terjawab dengan kesimpulan di atas. Namun kini, wanita sudah lebih kehadapan. Mereka juga mencari dan menyimpan dalam masa yang sama. Daripada kajian, wanita lebih bijak dan sistematik dalam hal ehwal perancangan kewangan berbanding kaum lelaki. Secara proaktifnya, kita dapat lihat bahawa wanita lebih cenderung untuk bersiap sedia terhadap sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku di masa akan datang. Sebab itu, mereka menyimpan.
Tetapi, wanita lemah bila berhadapan dengan keinginan untuk memiliki atau membeli barangan idamannya. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk ’shopping’. Sebagai perempuan saya sangat memahami keinginan ini
Jadi, apa guna jika pandai menyimpan cuma untuk habiskan wang simpanan untuk shopping? Berbeza dengan lelaki yang kurang berminat dalam bab2 shopping..tapi kurang juga duit di bank.
Mungkin ramai yang punya pendapat berbeza, apa pun renungkan kata2 ini: A truly successful person is not just about making a lot of money; it is also about making money and having the time to enjoy the fruits of your labour.
Sekian.
P/S: Jika anda ada facebook..jangan lupa kongsikan artikel ni pada kawan-kawan anda
Hanya klik pada button facebook kat sebelah je..
Related posts:







intan says:
December 24th, 2009 at 2:05 am
i love shopping too! saving pk nanti la.
arieiza says:
December 25th, 2009 at 5:13 pm
Twitter: arieiza
saving pn penting intan..jgn tggu umur dh meningkat baru nk start. kita tak tahu apa akan jadi kelak..
pn rohaya says:
December 31st, 2009 at 3:13 pm
waktu muda semua orang suka shopping. tapi bila sudah tua macam saya duit yang ada hanya untuk teruskan kehidupan.