Salam sejahtera semua pengunjung fusemoney.com. Selamat berhujung minggu terutamanya untuk golongan yang bekerja. Hari Sabtu dan Ahad adalah masa terbaik untuk luangkan masa bersama anak-anak dan keluarga. Selain menyelesaikan semua agenda yang tergendala akibat kesibukan semasa hari biasa.
Artikel kali hanya sekadar untuk mengucapkan tahniah kepada pelabur-pelabur terbaru kami kerana anda adalah antara yang sedar akan kepentingan melabur terutamanya untuk jangka masa panjang. Kami di Fusemoney Consultants sekadar memberi penjelasan dan bimbingan tetapi segala keputusan adalah di tangan anda. Kami tidak mengamalkan paksaan andai ada yang tidak yakin atau berasa was-was tentang pelaburan ini.
Seperti yang sedia maklum, kami ada menawarkan khidmat rundingan dari jarak jauh seperti melalui SMS, telefon, email, online chat atau dengan membalas komen terus di weblog ini. Untuk bakal-bakal pelabur dari negeri yang berlainan, kami syorkan pelaburan dibuat melalui Sistem Pelaburan Jarak Jauh. Anda boleh ke page Jom Melabur untuk keterangan lanjut. Sistem ini diwujudkan untuk kemudahan bakal pelabur yang berada jauh dan juga supaya pelabur boleh menguruskan sendiri proses menghantar borang ke bank tanpa melalui kami. Ianya ternyata lebih telus dan pelabur tidak perlu ragu kerana wang anda tidak melalui kami.
Cuma kami sedikit kecewa apabila beberapa bakal pelabur yang sengaja melambat-lambatkan proses menghantar borang ke cawangan Public Bank terdekat setelah borang diposkan ke alamat mereka. Beberapa kes pelabur seolah-olah berubah fikiran dan diam sahaja walaupun sudah beberapa kali pihak kami menelefon bertanyakan sama ada mereka menghadapi sebarang masalah. Kami di sini bukan niat untuk mendapatkan komisyen semata-mata tetapi ingin berkongsi dengan anda dan sebagai konsultan kami bertanggungjawab memberikan yang terbaik.
Jadi kami sangat berharap kepada bakal pelabur yang ingin memulakan pelaburan perlu lebih serius supaya tidak meyusahkan sesiapa. Pastikan anda betul-betul yakin dan faham sebelum mengisi maklumat pelaburan. Ini adalah untuk kebaikan bersama supaya anda tidak perlu buang masa menjawab panggilan dari kami, dan kami juga tidak membuang masa bakal pelabur yang lain untuk menunggu giliran mereka.
Semoga semua mendapat manfaat dari apa yang kami cuba kongsikan. Jika anda ada facebook. Jangan lupa kongsikan juga artikel ini bersama kawan-kawan anda. Hanya klik button fbshare dibawah sahaja. Terima kasih.


June 28th, 2010 on 7:22 pm
ada jugak yg confident mcm tue ye..menyusahkan org la jadinya :07:
[Reply]
June 30th, 2010 on 11:34 pm
biasa la najwa..asam garam dunia pelaburan..hehe :08:
[Reply]
July 2nd, 2010 on 1:03 pm
masih bnyk perkara yg saye krg faham mengenai unit trust ni.bagaimana saya ingin tahu consultant yg terdekat dgn saya?
[Reply]
fusemoney Reply:
July 2nd, 2010 at 4:58 pm
encik donz boleh dapatkan banyak maklumat berkenaan unit amanah di sini. Encik donz berada di mana?
[Reply]
July 8th, 2010 on 2:05 pm
Dont forget to invest in Property too
[Reply]
fusemoney Reply:
July 10th, 2010 at 9:59 am
Ya matjoe..property is a great investment vehicle too..
[Reply]
July 10th, 2010 on 10:08 am
KAMI DALAM PROSES PEMASANGAN STREAMYX.. AKTIVITI FUSEMONEY.COM AKAN PERLAHAN SEDIKIT DALAM WAKTU TERDEKAT.
HARAP MAKLUM..
[Reply]